******** ASSALAMUALAIKUM & BISMILLAHI AR-RAHMAN AR-RAHIM ********
************** KEMPEN BELI & SIMPAN 1 DINAR EMAS 1 BULAN
*************
PERHATIAN : Pelanggan baru, kalau nak baca blog ini, baca mulai daripada bawah ke atas ataupun terus ke ruangan TOP 10 ENTRY (sebelah bawah sikit) di sebelah kanan blog ini. Bagi pelanggan lama, bacaan anda adalah dari atas ke bawah dan sekarang anda boleh teruskan bacaan artikel terkini sepertimana di bawah.

MOHON SAHABAT-SAHABAT SAYA YANG DIRAHMATI ALLAH TAALA MENGUNJUNGI PAGE INI UTK MAKLUMAN TERKINI "http://www.facebook.com/SaudagarGoldNaim" INSYAALLAH SAHABAT-SAHABAT SAYA AKAN DPT PELBAGAI ILMU DAN PERKEMBANGAN TERKINI MENGENAI EMAS DAN PERAK. EKSKLUSIF, INSYAALLAH, BAROKALLAH, TABAROKALLAH...

Saudagar Gold Naim 017-3493060

>> TEKAN LINK 'OLDER POST' (BAWAH SEKALI) UNTUK BACA ARTIKEL LAMA. >>UNTUK PAPARAN YANG LEBIH BAIK SILA GUNAKAN MONZILLA FIREFOX. -----------------------------------------------------------------------------------------

Saturday, 6 April 2013

Perkhidmatan Pajak Gadai Public Gold (PSP) - Manfaatkannya ketika Harga Emas Sangat Rendah!

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Semalam harga emas turun dengan drastiknya. Bayangkan sahaja harga 1 dinar yang kebiasaannya sekitar RM710-RM720 pada bulan March 2013 boleh jatuh sehingga mencecah RM678 semalam. Jika 1 dinar turun sebanyak itu, emas 10 dinar apatah lagi goldbar 250g, pastinya akan turun dengan jauh lebih banyak. Maka, pada ketika harga sangat rendah ini, jika rakan-rakan masih ada cash, cepat-cepatlah restock emas anda. Saya sudah tidak mempunyai banyak cash kerana cash saya kebanyakannya sudah dalam bentuk emas dan perak fizikal yang saya simpan di safe deposit di bank. Masih simpan di bank, cumanya bukan dalam bentuk cash. Ianya dalam bentuk emas dan perak yang terbukti kalis inflasi.



Oleh kerana cash pun sudah kurang, maka saya membuat gadaian, sebab perlukan cash untuk pembelian waktu harga turun menjunam pada 4/4/2013. Public Gold menyediakan perkhidmatan pajak gadai yang dipanggil sebagai "PSP" khas untuk dealer nya sahaja.
Contoh bila PSP masuk dalam account maybank

Jika anda ingin menggunakan perkhidmatan ini, cepat-cepatlah mendaftar sebagai dealer. Promosi bulan April ini membolehkan anda menjadi dealer secara automatik hanya dengan membuat belian kombinasi 25 dinar. Apabila harga serendah ini, 25 dinar adalah sekitar RM17k sahaja. Jika anda mendaftar sebagai dealer di bawah Rangkaian Saudagar Gold, anda akan saya ajar bagaimana untuk menjadi berjaya dan kaya dengan pelaburan emas, insya Allah :)

Promosi bulan April 2013: 
Dengan kombinasi belian mana-mana produk Dinar sebanyak 25 dinar, anda layak menjadi dealer PG
(Kebiasaannya syarat untuk menjadi dealer ialah ada belian sebanyak RM20k dalam 1 invoice)
Saya menggalakkan anda membeli 2 x 10dinar dan 1 x 5 dinar. Mengikut harga di atas, harganya hanya RM16,813. Dengan pembelian ini, anda layak mendapat rebate 1% daripada belian anda dan automatik  menjadi dealer Public Gold lantas boleh mendapat faedah sebagai dealer. Salah satu kelebihannya ialah sistem PSP ini.

Apa dia PSP?

PSP adalah sistem PAJAKGADAI yang hanya boleh dinikmati oleh dealer Public Gold. Hanya item Goldbar dan Dinar yang diterima. Berikut adalah kriteria PSP:

1. Jumlah pinjaman = 65% daripada harga PG SELL emas yang dipajak.
2. Upah simpan = 0.8% setiap bulan daripada PG SELL tadi.
3. Tempoh maksimum masa untuk menebus balik emas = 6 bulan.

Jika pajak gadai anda tidak ditebus balik dalam masa 6 bulan, pada bulan ke 7 dan seterusnya upah simpan naik ke 3% setiap bulan. Oleh itu, jika ingin menggunakan perkhidmatan ini untuk menjana lebih keuntungan, kita mesti menbuat kiraan dan berdisiplin dalam membelanjakan wang agar kita dapat menebus balik emas dalam masa yang ditetapkan.

Berikut adalah contoh pajakkan yang telah saya buat 2 hari lepas:

1. PSP 3Dinar dan 20 Gram:

Ketika dipajak, Harga PG SELL 1 dinar = RM688 * 3pcs = RM2,064
Ketika dipajak, Harga PG SELL 20 gram = RM3375
Jumlah pinjaman diberikan = 65% x RM5439 = RM3535
Upah simpan sebulan = 0.8% x RM5439 = RM44

Berikut adalah soalan-soalan yang boleh membantu anda: 
1. Berapakah jumlah yang perlu bayar jika saya ingin menebus balik emas saya pada bulan ke dua?
Jawapan:
Jumlah bayaran = Jumlah pinjaman diberikan + (upah simpan x jumlah bulan)
Merujuk kepada contoh PSP di atas, jumlah bayaran saya = RM3535 + (RM44 x 2) = RM3623

2. Mana lebih elok PSP 250g atau 2 x 100g dan 1 x 50g?
Jawapan:
Nasihat Saya:
a) PSP emas yang spread yang lebih tinggi. 
b) Pisahkan dokumen PSP, sebaik-baiknya satu item untuk 1 dokumen.
Rasional Saya:
Emas yang spreadnya rendah elok di stand-by untuk dijual balik sekiranya ada peluang untuk mendapat untung. Maksudnya jika anda ingin jumlah 65% daripada 250g, adalah lebih elok untuk PSP kan 
2 x 100g dan 1 x 50g berbanding dengan 1 x 250g.
Buatkan 3 dokumen PSP, setiap satu itemnya satu dokumen.
Jika anda sudah mempunyai modal untuk menebus 1 x 50g, maka tebuskan ia dengan kadar yang segera.
Cadangan saya elok buat PSP ini maksimum dalam masa 2 bulan sahaja.

3. Adakah kita akan mendapat wang 65% secara tunai?
Jika kita PSP sebelum jam 4 petang, wang pinjaman 65% tersebut akan masuk ke dalam akaun kita pada keesokan harinya. Jika PSP selepas jam 4 petang, wang akan dimasukkan lusa. 
4. Apakah perkara yang perlu dielakkan dalam PSP?
Pendapat peribadi saya, ada 3 perkara yang perlu dielakkan apabila menggunakan kemudahan PSP ini:
- kaedah overlap 
- PSP melebihi 6 bulan
- PSP ketika harga emas sangat tinggi*

Risau, niat generate keuntungan berubah menjadi mendapat kerugian. Riasu juga, in case kita tidak mempunyai modal untuk menebus balik dan membayar upah simpannya. Jika ini berlaku, emas kita boleh tergadai. 

*Jika terdesak dan dalam keadaan kecemasan, tidak salah juga kita PSP...daripada meminjam daripada 'Ah Long' baik buat PSP :)

Sekian. Wallahualam.


Emas, Emas Juga, Pastikan Emas Menambah Aset Akhirat kita juga, jangan lupa bayar Zakat :)
Abdul Rahman Shaharani @ Saudagar Gold Naim
Priority Dealer PG012775
Hp: 017-3493060
email: saudagar.gold@gmail.com
Add saya di FB : https://www.facebook.com/saudagargoldnaim

No comments: