Miskin selepas pencen — Dengan purata caruman RM114,000 pesara belanja RM475 sebulan
Oleh NIZAM YATIM
Oleh NIZAM YATIM
KUALA LUMPUR 18 Okt. – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
mempunyai caruman terkumpul berjumlah RM224 bilion sehingga Disember
2006 namun secara purata simpanan seorang pencarumnya yang mencapai usia
55 tahun cuma RM114,000.
Dengan simpanan sebanyak itu, seseorang pencarum KWSP yang bersara
hanya mampu membelanjakan RM475 setiap bulan bagi membolehkannya
menampung hidup sehingga usia 75 tahun.
Perbelanjaan RM475 sebulan akan meletakkan pesara berkenaan dalam kategori golongan berpendapatan di bawah paras kemiskinan.
Pendapatan orang yang dikategorikan miskin di Semenanjung kini ditetapkan RM530 sebulan, Sarawak (RM585) dan Sabah (RM685).
Pengurus Kanan Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar memberitahu,
pada masa ini purata caruman terkumpul kira-kira 47,500 pencarum KWSP
yang akan genap umur 55 tahun pada tahun ini ialah RM114,000.
“Jumlah simpanan ini
tidak mencukupi berdasarkan anggaran mereka akan menggunakan wang itu
selama 20 tahun berikutan jangka hayat yang semakin panjang serta kos
sara hidup yang terus meningkat,” katanya kepada Utusan Malaysia dalam satu temu bual di pejabatnya di sini.
KWSP mempunyai kira-kira 11 juta pencarum dengan 47,500 orang akan mencapai umur bersara pada tahun ini.
Menurut Nik Affendi, bagi memastikan pencarum KWSP dapat bersara
dengan selesa, setiap ahli dana pencen itu perlu mengubah sikap mereka
yang berharap sepenuhnya kepada caruman KWSP untuk menampung hidup
selepas bersara.
“Caruman KWSP setiap bulan hanya melibatkan 11 peratus daripada gaji mereka, jadi masih terdapat
89 peratus pendapatan pencarum yang boleh digunakan untuk membuat
pelaburan yang akan menghasilkan pulangan tetap pada usia tua,” ujarnya.
Nik Affendi menasihatkan para pencarum supaya berhemah ketika membuat
pengeluaran awal sebelum persaraan membabitkan pelbagai skim yang telah
disediakan oleh KWSP termasuk pengeluaran rumah, pendidikan dan
kesihatan.
“Jika mereka mempunyai sumber lain, simpanan KWSP harus dijadikan sebagai pilihan terakhir,” tegasnya.
Ditanya mengenai langkah-langkah yang telah diambil bagi memastikan
simpanan persaraan setiap ahli bertambah, katanya, struktur akaun ahli
KWSP telah disusun semula daripada tiga akaun kepada dua mulai 2 Januari
lalu.
Sebelum ini, sebanyak 60 peratus daripada caruman bulanan ahli
dikreditkan ke dalam Akaun I manakala 30 peratus ke dalam Akaun II dan
10 peratus ke dalam Akaun III.
Penstrukturan itu menyebabkan Akaun I – yang khusus untuk tujuan
persaraan dan hanya boleh dikeluarkan setelah pencarum mencapai usia 55
tahun – ditingkatkan sebanyak 10 peratus kepada 70 peratus.
Selaras dengan perubahan itu, ujar Nik Affendi, pengeluaran kesihatan
yang sebelum ini hanya boleh dibuat daripada Akaun III kini boleh
dikeluarkan daripada Akaun II.
Wang dalam Akaun II yang melibatkan 30 peratus caruman ahli juga
boleh dikeluarkan untuk pembiayaan perumahan, kesihatan, pendidikan dan
apabila cukup umur 50 tahun.
Sumber: Utusan Online
1. Bagi kengkawan yang ada duit lebih atau yang tidak bekerja kerana dah pencen atau yang bersara awal disebabkan terima VSS, pastikan duit yang ada tu berkembang dan bukan makin lama makin habis.
2. Kita kena ingat kos sara hidup akan terus meningkat. Oleh itu carilah pelaburan yang pulangannya akan bertambah setiap tahun.
3. Semoga pelaburan bijak kita pada hari ini akan dapat mengubah cara hidup kita di masa hadapan nanti
Hubungi segera Rahman / 017-349 3060 untuk bantuan dan sokongan ....
No comments:
Post a Comment