******** ASSALAMUALAIKUM & BISMILLAHI AR-RAHMAN AR-RAHIM ********
************** KEMPEN BELI & SIMPAN 1 DINAR EMAS 1 BULAN
*************
PERHATIAN : Pelanggan baru, kalau nak baca blog ini, baca mulai daripada bawah ke atas ataupun terus ke ruangan TOP 10 ENTRY (sebelah bawah sikit) di sebelah kanan blog ini. Bagi pelanggan lama, bacaan anda adalah dari atas ke bawah dan sekarang anda boleh teruskan bacaan artikel terkini sepertimana di bawah.

MOHON SAHABAT-SAHABAT SAYA YANG DIRAHMATI ALLAH TAALA MENGUNJUNGI PAGE INI UTK MAKLUMAN TERKINI "http://www.facebook.com/SaudagarGoldNaim" INSYAALLAH SAHABAT-SAHABAT SAYA AKAN DPT PELBAGAI ILMU DAN PERKEMBANGAN TERKINI MENGENAI EMAS DAN PERAK. EKSKLUSIF, INSYAALLAH, BAROKALLAH, TABAROKALLAH...

Saudagar Gold Naim 017-3493060

>> TEKAN LINK 'OLDER POST' (BAWAH SEKALI) UNTUK BACA ARTIKEL LAMA. >>UNTUK PAPARAN YANG LEBIH BAIK SILA GUNAKAN MONZILLA FIREFOX. -----------------------------------------------------------------------------------------

Saturday, 27 April 2013

Jom Cetak Duit Kertas.



Al kisah awal 1970-an, Richard Nixon mengambil keputusan Amerika keluar dari piawaian emas. Konon-kononnya secara teori, negara boleh kehabisan wang selagi terikat kepada standard emas.

Bermulalah teori untuk berbelanja melebihi keupayaan aset berdasarkan emas sesebuah negara melalui berhutang. dan Amerika Syarikat menjadi pencetak mata wang tanpa sandaran keupayaan asset emas sesebuah negara atau kata lain tanpa sekatan. Satu-satunya sekatan ke atas pencetak mata wang adalah inflasi. Jika mereka mencetak terlalu banyak wang, ia merendahkan nilainya, dan barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan di luar ekonomi AS menjadi lebih mahal, dan juga barang-barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan dalam ekonomi boleh naik harga kerana untuk seimbangkan penggunaan mata wang tersebut.

Manakala yang lebih dahsyat sekarang, wang yang dicetak oleh rizab persekutuan diimbangi oleh kemusnahan mata wang melalui pembayaran balik hutang. Apabila berlaku pembayaran balik hutang dan tiada nilai aset sokongan itu, jadi nilai bagi wang yang berkitar sifar. Maka diimbang pula dengan jumlah besar gadai janji dan kad kredit dilaksankan oleh bank bagi memberi nilai digital yang tiada sandaran nilai dengan tujuan hanya untuk mengimbangi kesan inflasi aktiviti rizab persekutuan.

Jadi bagi mengurangkan kesan keruntuhan ekonomi dari gejala cetakan matawang ini, individu dan keluarga boleh ambil Tindakan dalam pengurusan asset melalui mempelbagaikan sumber berbanding hanya berpuashati dengan simpanan matawang yang semakin parah keruntuhan nilainya. Fikir-fikirkan.

No comments: