SIAPAKAH Sheikh Imran Nazar Hosein? Di Malaysia, nama beliau
dikenali berikutan penyebaran klip video syarahannya dalam YouTube yang
memuji bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Beliau menyatakan ketika pemimpin negara Islam lain takut menentang sistem kewangan dunia yang pro-Barat dan Yahudi, terdapat seorang individu yang berani menentang arus dan beliau ialah Dr. Mahathir.
Sheikh Imran, 69, penulis buku Jerusalem in the Quran ialah tokoh pemikir Islam yang diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai pakar dalam bidang politik dan kewangan Islam serta hubungan antarabangsa. Beliau cukup kuat menentang Orde Baru Dunia (NWO) dan fahaman Zionisme.
Beliau yang berkelulusan dari Institut Aleemiyah di Karachi, Pakistan dilahirkan di Republik Trinidad dan Tobago iaitu negara kepulauan di selatan Laut Caribbean dan nenek moyang beliau adalah golongan penghijrah yang berasal dari India.
Jika berminat nak baca tulisannya pasal dinar dan dirham [ click sini ]
p/s: Sebarang pertanyaan nak beli
dinar emas atau dirham perak ke, sila emailkan dekat saya saudagar.gold@gmail.com / 017-3493060.
No comments:
Post a Comment