******** ASSALAMUALAIKUM & BISMILLAHI AR-RAHMAN AR-RAHIM ********
************** KEMPEN BELI & SIMPAN 1 DINAR EMAS 1 BULAN
*************
PERHATIAN : Pelanggan baru, kalau nak baca blog ini, baca mulai daripada bawah ke atas ataupun terus ke ruangan TOP 10 ENTRY (sebelah bawah sikit) di sebelah kanan blog ini. Bagi pelanggan lama, bacaan anda adalah dari atas ke bawah dan sekarang anda boleh teruskan bacaan artikel terkini sepertimana di bawah.

MOHON SAHABAT-SAHABAT SAYA YANG DIRAHMATI ALLAH TAALA MENGUNJUNGI PAGE INI UTK MAKLUMAN TERKINI "http://www.facebook.com/SaudagarGoldNaim" INSYAALLAH SAHABAT-SAHABAT SAYA AKAN DPT PELBAGAI ILMU DAN PERKEMBANGAN TERKINI MENGENAI EMAS DAN PERAK. EKSKLUSIF, INSYAALLAH, BAROKALLAH, TABAROKALLAH...

Saudagar Gold Naim 017-3493060

>> TEKAN LINK 'OLDER POST' (BAWAH SEKALI) UNTUK BACA ARTIKEL LAMA. >>UNTUK PAPARAN YANG LEBIH BAIK SILA GUNAKAN MONZILLA FIREFOX. -----------------------------------------------------------------------------------------

Thursday, 17 January 2013

8 Tips Melabur Emas

Emas merupakan salah satu bentuk pelaburan yang banyak diminati. Hal itu kerana, jenis logam mulia tersebut tidak terjejas oleh inflasi. Jika anda memilih untuk melabur, belilah emas yang berupa batangan atau syiling. Namun untuk sekadar mengumpul dan berjaga-jaga di kala keadaan kewangan sukar, boleh memilih yang berupa perhiasan. Dikutip dari pelbagai sumber, semaklah beberapa tips melabur dengan emas. 


1. Apa Tujuan anda Membeli Emas?

Sebelum membeli emas, tetapkan dahulu matlamat anda. Jika ingin melabur, pilihlah emas jenis bar atau syiling, kerana susut nilai nya lebih kecil. Sedangkan untuk perhiasan tidak digalakan kerana ada upah simpan dan kos susut niali yang tinggi.

2. Cek Harga Emas Saat Ini

Harga emas berbeza setiap hari, jadi anda wajib menyemaknya di pasaran. Bukalah laman-laman web yang mengkhususkan untuk hal ini seperti http://www.publicgold.com.my  atau pun saudagar-gold.blogspot.com . Di laman web ini anda boleh melihat langsung harga-harga emas mengikut jenisnya.

3. Tempat Membeli Emas

Belilah emas di kedai yang mempunyai reputasi yang baik. Hal ini berguna untuk memberikan rasa tenang dan kualiti yang baik. Perhatikan juga harga jual semula di kedai tersebut, jangan sampai harga jual kembali turun mendadak.

4. Cek Keadaan Fizikal Emas

Dalam memilih emas, diutamakan yang kelihatan bersih tanpa noda hijau di pori-porinya. Tandanya emas tersebut belum dicuci dengan betul dan masih meninggalkan sisa kimia yang boleh menyebabkan alahan. Jika anda memilih untuk membeli emas dalam bentuk perhiasan, periksalah dengan baik sama ada tercalar, cekungan mahupun kurang upaya yang lain. Kerana saat anda hendak menjualnya kembali, hal ini akan mempengaruhi harganya.

5. Tanya Kadar ketulinan Emas

Standard antarabangsa kadar ketulinan emas adalah sebagai berikut; emas 24 karat adalah emas tulen (99.99%), 22 karat memiliki komposisi 91.7% emas dan dicampur bahan lain 8.3% (biasanya bahan perak), 20 karat mempunyai kompoisis 83.3% emas, 18 karat memiliki komposisi 75% emas, 16 karat memiliki komposisi 66.6% emas, 14 karat memiliki komposisi 58.5% emas, 9 karat memiliki komposisi 37.5% emas.


6. Simpan Segala Bentuk Surat dengan Baik

Setelah membeli, anda akan mendapatkan beberapa surat seperti resit, sijil emas hingga nota pembelian. Simpan semua surat yang diperoleh dengan baik, kerana akan diperlukan apabila akan dijual kembali. Jika surat-surat penting ini hilang, harga emas anda boleh jatuh. Simpanlah dalam satu plastik bersama dengan emasnya dan kemudian dikurung.

7. Menyimpan Emas yang Benar

Memiliki emas sama ertinya dengan menyimpan barang berharga atau tabungan. Jika emas yang disimpan di rumah tidak terlalu banyak, gunakan kotak atau peti besi peribadi. Jika emas tergolong banyak (1kg ke atas), maka perlu disimpan di tempat deposit di bank. Kos upah simpan tidak terlalu mahal, dan berbeza-beza antara satu bank dengan yang lain.

8. Emas Sebagai Jaminan

Bawalah ke pegadaian dan jaminkanlah, emas tersebut boleh ditebus kembali selepas anda mempunyai wang. Dalam hal ini emas lebih baik digadaikan, bukan dijual, kerana jika anda membeli emas baru dengan ukuran dan kadar yang sama, belum tentu harganya sama.



------------------------------------------------------------


Register sebagai pelanggan / ahli online PublicGold di http://www.publicgold.com.my/referral/PG012775/65081

Pergi di tab "login" dan register secara pecuma.

No comments: