Assalamualaikum
'True Money' is Gold / Emas ! Aku
mengunakan satu pendekatan yang amat simple. Satu pendekatan yang mudah faham.
Tidak perlu pening-pening kepala untuk berfikir. Kerana perihal ekonomi adalah
senang, bukanya se'complicated' yang dicanangkan oleh 'mereka'. Setiap orang
harus faham konsep ini. Wajib faham, dan anda boleh berfikir sendiri mana yang
benar dan mana yang tipu.
Dekat bawah aku sediakan satu
gambarajah yang baru sahaja aku siapkan. Gambar rajah ini akan aku explain di
bawah agar lebih mudah difahami. Iyanya amat mudah dan membuka mata. Buka lah
mata dan cari kebenaran. Pilihan ditangan anda.
Emas vs
Matawang Malaysia
(1) - Pada tahun 2000, RM1 kita
boleh membeli 5 biji kuih. Tetapi pada tahun 2012 ini, dengan hanya RM1 kita
hanya mampu membeli 2 biji kuih sahaja, tambahan kuih semakin kecil saiznya. Orang
kata harga kuih makin mahal. (Apa yang orang kata itu aku kata itu silap, bukan
kuih yang mahal tetapi nilai mata wang kita makin menjunam).
(2) - Untuk membeli 2 biji kuih pada
tahun 2000, kita hanya memerlukan 40 sen sahaja. Tetapi pada tahun 2012, untuk
2 biji kuih, harganya sudah menjadi RM1.
(3) - Maka, nilai RM1 kita pada
tahun 2012 ini hanya bersamaan dengan 40 sen pada tahun 2000. Ini adalah benar.
Nilai matawang kita semakin turun hari demi hari tanpa kita sedar. Bagi
sesetengah orang, ini cuma pekara biasa. Inflasi. Mereka tahu cakap je inflasi
tapi tak tahu apa itu inflasi. Inflasi Zero? Propaganda.
(7) - Setelah persamaan kedua-dua
belah (tahun 2000 dan tahun 2012) digandakan. Pada tahun 2012, nilai RM 1 juta
hanya bersamaan dengan RM 400 ribu sahaja untuk tahun 2000. Kalau anda rasa
anda jutawan pada tahun 2012 ini dengan memiliki RM 1 juta. Maka sebenarnya,
orang yang mempunyai RM 400 ribu pada tahun 2000 juga jutawan kerana nilai duit
anda dan orang itu adalah sama! Faham kan? Dah nampak?
(8) - Ramai diantara kita. Bukan
ramai lagi. Terlampau ramai diantara kita dipengaruhi dengan sistem ASB (
Amanah Saham Nasional Berhad) yang mencanang keuntungan yang berlipat kali
ganda. Kalau anda ada calculator di sisi anda. Cuba kira. Sekiranya kita
memasukan RM 400 ribu di ASB pada tahun 2000 dengan dividen 9% setahun, adakah
kita mendapat sekitar RM 1 juta pada tahun 2012? Iya bukan? Adakah anda
rasa ini satu keuntungan? Keruguian? Atau SAMA sahaja!? Kerana nilai RM1 juta
pada tahun 2012 adalah sama dengan RM 400 ribu pada tahun 2000. ASB pandai.
Kita yang tertipu.
(9) - Bila bercakap pasal pelaburan
Real Estate. Beli rumah. Kalau kita beli rumah RM 400 ribu pada tahun 2000,
adakah rumah yang kita beli itu bernilai RM 1 juta pada tahun 2012? Mustahil!
Dan jangan juga lupa, zaman sekarang susah nak jumpa orang beli rumah cash.
Semuanya loan. Kalau loan RM 400 ribu untuk beli rumah, kita akan bayar RM 400
ribu ke? Tidak bukan? Malah hampir RM 700 ribu. Betul kan? Tepuk dada dan
fikir. Untungkah pelaburan membeli rumah? Ramai yang menjual rumah tidak ambil
tahu tentang nilai matawang kita. Ini masanya untuk anda berfikir. Bagi aku,
ini bukan lagi masa untuk pelaburan Real Estate.
(10) - The best part. Cuba tanya
orang yang hidup tahun 1990-an berapa harga emas? Dan bandingkan dengan harga
sekarang. Pada tahun 2000, 1 gram emas hanya berharga sekitar RM 30. Tetapi
pada tahun 2012, 1 gram emas sudah mencapai RM 180. Dan sekiranya anda
menggunakan RM 400 ribu yang anda ada pada tahun 2000 untuk membeli emas dan
bukanya memasukkanya ke dalam ASB mahupun melabur dengan membeli rumah. Harga
emas anda sudah mencapai RM 2.5 juta!!!..
Sekarang anda nampak?
Harga emas
dunia. Graf amat menakutkan bukan?
Ramai yang tertanya kenapa
harga emas boleh melambung sebegitu rupa? Jawapanya. Bukan emas yang
mahal! Tetapi matawang kita makin menurun. Kenapa jadi macam tu? Dan jawapan
dia amat menakutkan. Bagi aku. Aku tak suka harga emas menjadi begitu. Jangan
gembira. Kerana ia melambangkan satu kesusahan akan tiba.....
"AKAN
TIBA SATU ZAMAN DIMANA TIADA APA YANG BERNILAI DAN BOLEH DIGUNAKAN OLEH UMAT
MANUSIA KECUALI DINAR (EMAS) DAN DIRHAM (PERAK)".
- Sabda Rasulullah SAW.
- Sabda Rasulullah SAW.
*Dari 1400 tahun lepas, dari zaman Rasulullah
SAW sehingga tahun 2012. 1 dinar (4.25 g emas) boleh membeli seekor kambing dan
1 dirham (2.97 g perak) boleh membeli seekor ayam yang sihat dan gemok.
Percayalah emas dan perak itu sebenar-benarnya DUIT!
p/s: Itu aku bandingkan tahun 2000
dengan 2012. Tahukan anda pada tahun 1990, RM1 kita boleh dapatkan 10 biji
kuih? Dan bagaimana dengan tahun 1980? Buka minda. NOW!
p/s: Siapa boleh jawab kepada aku?
Kenapa semua ini terjadi?
p/s: Sebarang pertanyaan nak beli
emas atau perak ke, sila emailkan dekat saya saudagar.gold@gmail.com / 017-3493060 / 013-3663060.
SEBARKANLAH SEKIRANYA ANDA MEMPUNYAI NIAT UNTUK MENYELAMATKAN
KELUARGA, SAUDARA DAN SAHABAT-SAHABAT ANDA
No comments:
Post a Comment