******** ASSALAMUALAIKUM & BISMILLAHI AR-RAHMAN AR-RAHIM ********
************** KEMPEN BELI & SIMPAN 1 DINAR EMAS 1 BULAN
*************
PERHATIAN : Pelanggan baru, kalau nak baca blog ini, baca mulai daripada bawah ke atas ataupun terus ke ruangan TOP 10 ENTRY (sebelah bawah sikit) di sebelah kanan blog ini. Bagi pelanggan lama, bacaan anda adalah dari atas ke bawah dan sekarang anda boleh teruskan bacaan artikel terkini sepertimana di bawah.

MOHON SAHABAT-SAHABAT SAYA YANG DIRAHMATI ALLAH TAALA MENGUNJUNGI PAGE INI UTK MAKLUMAN TERKINI "http://www.facebook.com/SaudagarGoldNaim" INSYAALLAH SAHABAT-SAHABAT SAYA AKAN DPT PELBAGAI ILMU DAN PERKEMBANGAN TERKINI MENGENAI EMAS DAN PERAK. EKSKLUSIF, INSYAALLAH, BAROKALLAH, TABAROKALLAH...

Saudagar Gold Naim 017-3493060

>> TEKAN LINK 'OLDER POST' (BAWAH SEKALI) UNTUK BACA ARTIKEL LAMA. >>UNTUK PAPARAN YANG LEBIH BAIK SILA GUNAKAN MONZILLA FIREFOX. -----------------------------------------------------------------------------------------

Wednesday, 30 January 2013

Jika anda nak merempit sila pakai suit racing!

Inilah sebahagian luahan dari perempit2 al rahnu yang tak sempat nak pakai suit racing, rempit tu boleh tapi kalau ilmu tak cukup , modal backup tak ada , tak berani nak ambil resiko abaikan je la...

Guna kaedah BELI , SIMPAN , JUAL , BELI ....

InshaAllah cara ini paling terbaik dan boleh menjana keuntungan dan networking :D




Saturday, 26 January 2013

Nak beli gelang/rantai kahwin tapi tak cukup duit?

Gelang dan rantai PG


Sesiapa yang nak beli gelang / rantai buat hantaran kahwin, tapi tak cukup duit nak beli segedebuk terus. Kini anda boleh bayar secara ansuran selama 4 bulan.
Boleh PM me for more info.

10g emas 916(gelang) = RM1649 cuma +-RM412 X 4 bulan
20g emas 916(rantai) = RM3297 cuma +-RM824 X 4 bulan

Check harga dan daftar sebagai pelanggan

http://www.publicgold.com.my/referral/PG012775/65081

 



Gelang tangan hantaran kahwin buat isteri tercinta

**harga diatas akan berubah mengikut harga emas semasa selepas market open hari isnin28/1/13

Thursday, 24 January 2013

Khas untuk anda PELAJAR yang Tak nak SUSAH dikemudian HARI.


GEMPAK!
KHAS UNTUK PELAJAR IPT.

Hutang PTPTN 4 tahun RM64,000
Tahun pertama
Semester 1 & 2dapat PTPTN RM8,000 x 2 = RM16,000
Kos 1 semester RM3700 x 2 = RM7400
Baki duit RM8,600 boleh beli 45.26g emas 999(anggaran harga purata RM190/g tahun 2013)

Tahun kedua
Semester 3 & 4 dapat PTPTN RM8,000 x 2 = RM16,000
Kos 1 semester RM3700 x 2 = RM7400
Baki duit RM8,600 boleh beli 37.39g emas 999(anggaran harga purata RM230/g tahun 2014)

Tahun ketiga
Semester 5 & 6dapat PTPTN RM8,000 x 2 = RM16,000
Kos 1 semester RM3700 x 2 = RM7400
Baki duit RM8,600 boleh beli 30.71g emas 999(anggaran harga purata RM280/g tahun 2015)

Tahun ke empat
Semester 7 & 8dapat PTPTN RM8,000 x 2 = RM16,000
Kos 1 semester RM3700 x 2 = RM7400
Baki duit RM8,600 boleh beli 25.29g emas 999(anggaran harga purata RM340/g tahun  2016)

Nilai emas anda 4 tahun 138.65g x rm340 = 47141

Jika simpan duit RM8600 x 4 = RM34400 + 2752 (+-8%) dividen 4 tahun = 37152

Beza hampir +-RM10,000

Nilai emas anda jika simpan emas tu utk 3 tahun lagi 138.65g x RM500 = RM69,325


abang & kakak kat IPT fikir la sendiri nak simpan duit atau simpan emas atau beli gajet yg canggih manggih :)
Jika mahu simpan emas pastikan membeli hanya emas yang terbaik dari Kami !
Jangan menyesal kemudian hari dengan hutang yang bertimbun2, tak pecaya boleh tanya senior2 yang menyesal tak simpan duit lebihan ke arah yang lebih manfaat.
Untung2 sapa yang gatal nak kahwin lepas habis belajar tak perlu berhutang lagi :)

PM ME untuk pertanyaan lanjut.

admin - saudagargold.com

Wednesday, 23 January 2013

Keistemewaan PublicGold

Kalau beli di PG keistimewaannya jauh lebih hebat dari kedai emas kerana :

-harga emas pg yang lebih murah kerana dijual ikut harga kilang
-boleh buat pembelian dan jualan 24jam
-cara bayaran yang flexible sehingga ansuran 4 bulan.
-sentiasa ada stok
-ada kad/surat ketulinan

dan banyak lagi.



SaudagarGold.com

Kini anda tidak perlu taip panjang2 seperti sebelum ini saudagar-gold.blogspot.com , kini anda hanya perlu taip saudagargold.com  dan akan terus ke laman web ini :)

Terima kasih atas sokongan anda

Tuesday, 22 January 2013

Jom guna dinar dan dirham :)



SIAPAKAH Sheikh Imran Nazar Hosein? Di Malaysia, nama beliau dikenali berikutan penyebaran klip video syarahannya dalam YouTube yang memuji bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau menyatakan ketika pemimpin negara Islam lain takut menentang sistem kewangan dunia yang pro-Barat dan Yahudi, terdapat seorang individu yang berani menentang arus dan beliau ialah Dr. Mahathir.

Sheikh Imran, 69, penulis buku Jerusalem in the Quran ialah tokoh pemikir Islam yang diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai pakar dalam bidang politik dan kewangan Islam serta hubungan antarabangsa. Beliau cukup kuat menentang Orde Baru Dunia (NWO) dan fahaman Zionisme.


Beliau yang berkelulusan dari Institut Aleemiyah di Karachi, Pakistan dilahirkan di Republik Trinidad dan Tobago iaitu negara kepulauan di selatan Laut Caribbean dan nenek moyang beliau adalah golongan penghijrah yang berasal dari India.

Jika berminat nak baca tulisannya pasal dinar dan dirham [ click sini  ]



p/s: Sebarang pertanyaan nak beli dinar emas atau dirham perak ke, sila emailkan dekat saya saudagar.gold@gmail.com / 017-3493060.

Emas vs Matawang Malaysia

Assalamualaikum

'True Money' is Gold / Emas ! Aku mengunakan satu pendekatan yang amat simple. Satu pendekatan yang mudah faham. Tidak perlu pening-pening kepala untuk berfikir. Kerana perihal ekonomi adalah senang, bukanya se'complicated' yang dicanangkan oleh 'mereka'. Setiap orang harus faham konsep ini. Wajib faham, dan anda boleh berfikir sendiri mana yang benar dan mana yang tipu.

Dekat bawah aku sediakan satu gambarajah yang baru sahaja aku siapkan. Gambar rajah ini akan aku explain di bawah agar lebih mudah difahami. Iyanya amat mudah dan membuka mata. Buka lah mata dan cari kebenaran. Pilihan ditangan anda.

 
Emas vs Matawang Malaysia

(1) - Pada tahun 2000, RM1 kita boleh membeli 5 biji kuih. Tetapi pada tahun 2012 ini, dengan hanya RM1 kita hanya mampu membeli 2 biji kuih sahaja, tambahan kuih semakin kecil saiznya. Orang kata harga kuih makin mahal. (Apa yang orang kata itu aku kata itu silap, bukan kuih yang mahal tetapi nilai mata wang kita makin menjunam).

(2) - Untuk membeli 2 biji kuih pada tahun 2000, kita hanya memerlukan 40 sen sahaja. Tetapi pada tahun 2012, untuk 2 biji kuih, harganya sudah menjadi RM1.

(3) - Maka, nilai RM1 kita pada tahun 2012 ini hanya bersamaan dengan 40 sen pada tahun 2000. Ini adalah benar. Nilai matawang kita semakin turun hari demi hari tanpa kita sedar. Bagi sesetengah orang, ini cuma pekara biasa. Inflasi. Mereka tahu cakap je inflasi tapi tak tahu apa itu inflasi. Inflasi Zero? Propaganda.

(7) - Setelah persamaan kedua-dua belah (tahun 2000 dan tahun 2012) digandakan. Pada tahun 2012, nilai RM 1 juta hanya bersamaan dengan RM 400 ribu sahaja untuk tahun 2000. Kalau anda rasa anda jutawan pada tahun 2012 ini dengan memiliki RM 1 juta. Maka sebenarnya, orang yang mempunyai RM 400 ribu pada tahun 2000 juga jutawan kerana nilai duit anda dan orang itu adalah sama! Faham kan? Dah nampak?

(8) - Ramai diantara kita. Bukan ramai lagi. Terlampau ramai diantara kita dipengaruhi dengan sistem ASB ( Amanah Saham Nasional Berhad) yang mencanang keuntungan yang berlipat kali ganda. Kalau anda ada calculator di sisi anda. Cuba kira. Sekiranya kita memasukan RM 400 ribu di ASB pada tahun 2000 dengan dividen 9% setahun, adakah kita mendapat  sekitar RM 1 juta pada tahun 2012? Iya bukan? Adakah anda rasa ini satu keuntungan? Keruguian? Atau SAMA sahaja!? Kerana nilai RM1 juta pada tahun 2012 adalah sama dengan RM 400 ribu pada tahun 2000. ASB pandai. Kita yang tertipu.

(9) - Bila bercakap pasal pelaburan Real Estate. Beli rumah. Kalau kita beli rumah RM 400 ribu pada tahun 2000, adakah rumah yang kita beli itu bernilai RM 1 juta pada tahun 2012? Mustahil! Dan jangan juga lupa, zaman sekarang susah nak jumpa orang beli rumah cash. Semuanya loan. Kalau loan RM 400 ribu untuk beli rumah, kita akan bayar RM 400 ribu ke? Tidak bukan? Malah hampir RM 700 ribu. Betul kan? Tepuk dada dan fikir. Untungkah pelaburan membeli rumah? Ramai yang menjual rumah tidak ambil tahu tentang nilai matawang kita. Ini masanya untuk anda berfikir. Bagi aku, ini bukan lagi masa untuk pelaburan Real Estate.

(10) - The best part. Cuba tanya orang yang hidup tahun 1990-an berapa harga emas? Dan bandingkan dengan harga sekarang. Pada tahun 2000, 1 gram emas hanya berharga sekitar RM 30. Tetapi pada tahun 2012, 1 gram emas sudah mencapai RM 180. Dan sekiranya anda menggunakan RM 400 ribu yang anda ada pada tahun 2000 untuk membeli emas dan bukanya memasukkanya ke dalam ASB mahupun melabur dengan membeli rumah. Harga emas anda sudah mencapai RM 2.5 juta!!!.. Sekarang anda nampak?


Harga emas dunia. Graf amat menakutkan bukan?

 Ramai yang tertanya kenapa harga emas boleh melambung sebegitu rupa? Jawapanya. Bukan emas yang mahal! Tetapi matawang kita makin menurun. Kenapa jadi macam tu? Dan jawapan dia amat menakutkan. Bagi aku. Aku tak suka harga emas menjadi begitu. Jangan gembira. Kerana ia melambangkan satu kesusahan akan tiba.....

"AKAN TIBA SATU ZAMAN DIMANA TIADA APA YANG BERNILAI DAN BOLEH DIGUNAKAN OLEH UMAT MANUSIA KECUALI DINAR (EMAS) DAN DIRHAM (PERAK)". 
- Sabda Rasulullah SAW.

*Dari 1400 tahun lepas, dari zaman Rasulullah SAW sehingga tahun 2012. 1 dinar (4.25 g emas) boleh membeli seekor kambing dan 1 dirham (2.97 g perak) boleh membeli seekor ayam yang sihat dan gemok. Percayalah emas dan perak itu sebenar-benarnya DUIT!

p/s: Itu aku bandingkan tahun 2000 dengan 2012. Tahukan anda pada tahun 1990, RM1 kita boleh dapatkan 10 biji kuih? Dan bagaimana dengan tahun 1980? Buka minda. NOW!
p/s: Siapa boleh jawab kepada aku? Kenapa semua ini terjadi? 
p/s: Sebarang pertanyaan nak beli emas atau perak ke, sila emailkan dekat saya saudagar.gold@gmail.com / 017-3493060 / 013-3663060.


SEBARKANLAH SEKIRANYA ANDA MEMPUNYAI NIAT UNTUK MENYELAMATKAN KELUARGA, SAUDARA DAN SAHABAT-SAHABAT ANDA




Muhammad Khalif Samsudin (Carl Samsudin)
Blog: http://carlsamsudin.blogspot.com/

Monday, 21 January 2013

Apa itu Inflasi ?

SIMPANAN EMAS MELINDUNGI MASA DEPAN KEWANGAN ANDA




Gambarajah 2.0: Perbezaan Harga Barang Untuk Tahun 2000 dan 2012

Hampir 99% masyarakat di dunia menyangka harga barangan dan servis semakin mahal dari semasa ke semasa. Kerana mereka tidak mengerti apakah ‘wang’ yang sebenar. Sebenarnya jika diperhatikan dengan teliti, harga barangan dan servis adalah semakin murah hari demi hari. Dari tamadun Yunani, Rom dan sehinggalah zaman Rasulullah SAW, mereka menggunakan emas sebagai ‘wang’. Jika anda mengukur harga sesuatu barangan berdasarkan emas dan bukanya ‘matawang’, anda pasti akan mendapati harga barangan dan servis semakin murah hari demi hari.

Sebagai contoh, pada tahun 2000, dengan 1 gram emas anda boleh membeli sebanyak 150 biji kuih (ini berdasarkan harga emas 1 gram = RM30.00, dan RM1.00 = 5 biji kuih). Tetapi pada tahun 2012, dengan 1 gram emas anda boleh membeli sebanyak 360 biji kuih (ini berdasarkan harga emas 1 gram = RM180.00, dan RM1.00 = 2 biji kuih). Maka, untuk 1 biji kuih tahun 2000 memerlukan sebanyak 0.006 gram emas, tetapi 1 biji kuih tahun 2012, anda hanya memerlukan sebanyak 0.002 gram emas sahaja!

Pada tahun 2000, dengan 1 kilogram emas anda boleh membeli sebuah kereta standard (ini berdasarkan harga emas 1 kilogram = RM30,000.00 dan ~RM30,000.00 = 1 kereta standard). Tetapi pada tahun 2012, dengan 1 kilogram emas anda boleh membeli sebanyak 3 buah kereta standard (ini berdasarkan harga emas 1 kilogram = RM180,000.00  dan ~RM60,000.00 = 1 kereta standard). Maka, untuk sebuah kereta standard tahun 2000 memerlukan 1 kilogram emas, tetapi sebuah kereta standard tahun 2012, anda hanya memerlukan sebanyak 330 grams emas sahaja!

Pada tahun 2000, dengan 5 kilogram emas anda boleh membeli sebuah rumah standard (ini berdasarkan harga emas 5 kilogram = RM150,000.00 dan ~RM150,000.00 = 1 rumah standard). Tetapi pada tahun 2012, dengan 5 kilogram emas anda boleh membeli sebanyak 3 buah rumah standard (ini berdasarkan harga emas 5 kilogram = rm900,000.00  dan ~RM300,000.00 = 1 rumah standard). Maka, untuk sebuah rumah standard tahun 2000 memerlukan 5 kilogram emas, tetapi sebuah rumah standard tahun 2012, anda hanya memerlukan sebanyak 1.6 kilogram emas sahaja!

Maka, jangan merungut jika harga barangan menjadi semakin mahal lagi. Anda hanya perlu membezakan apa itu ‘wang’ dan apa itu ‘matawang’. Jadi bijak!




Muhammad Khalif Samsudin (Carl Samsudin)
Blog: http://carlsamsudin.blogspot.com/

Thursday, 17 January 2013

8 Tips Melabur Emas

Emas merupakan salah satu bentuk pelaburan yang banyak diminati. Hal itu kerana, jenis logam mulia tersebut tidak terjejas oleh inflasi. Jika anda memilih untuk melabur, belilah emas yang berupa batangan atau syiling. Namun untuk sekadar mengumpul dan berjaga-jaga di kala keadaan kewangan sukar, boleh memilih yang berupa perhiasan. Dikutip dari pelbagai sumber, semaklah beberapa tips melabur dengan emas. 


1. Apa Tujuan anda Membeli Emas?

Sebelum membeli emas, tetapkan dahulu matlamat anda. Jika ingin melabur, pilihlah emas jenis bar atau syiling, kerana susut nilai nya lebih kecil. Sedangkan untuk perhiasan tidak digalakan kerana ada upah simpan dan kos susut niali yang tinggi.

2. Cek Harga Emas Saat Ini

Harga emas berbeza setiap hari, jadi anda wajib menyemaknya di pasaran. Bukalah laman-laman web yang mengkhususkan untuk hal ini seperti http://www.publicgold.com.my  atau pun saudagar-gold.blogspot.com . Di laman web ini anda boleh melihat langsung harga-harga emas mengikut jenisnya.

3. Tempat Membeli Emas

Belilah emas di kedai yang mempunyai reputasi yang baik. Hal ini berguna untuk memberikan rasa tenang dan kualiti yang baik. Perhatikan juga harga jual semula di kedai tersebut, jangan sampai harga jual kembali turun mendadak.

4. Cek Keadaan Fizikal Emas

Dalam memilih emas, diutamakan yang kelihatan bersih tanpa noda hijau di pori-porinya. Tandanya emas tersebut belum dicuci dengan betul dan masih meninggalkan sisa kimia yang boleh menyebabkan alahan. Jika anda memilih untuk membeli emas dalam bentuk perhiasan, periksalah dengan baik sama ada tercalar, cekungan mahupun kurang upaya yang lain. Kerana saat anda hendak menjualnya kembali, hal ini akan mempengaruhi harganya.

5. Tanya Kadar ketulinan Emas

Standard antarabangsa kadar ketulinan emas adalah sebagai berikut; emas 24 karat adalah emas tulen (99.99%), 22 karat memiliki komposisi 91.7% emas dan dicampur bahan lain 8.3% (biasanya bahan perak), 20 karat mempunyai kompoisis 83.3% emas, 18 karat memiliki komposisi 75% emas, 16 karat memiliki komposisi 66.6% emas, 14 karat memiliki komposisi 58.5% emas, 9 karat memiliki komposisi 37.5% emas.


6. Simpan Segala Bentuk Surat dengan Baik

Setelah membeli, anda akan mendapatkan beberapa surat seperti resit, sijil emas hingga nota pembelian. Simpan semua surat yang diperoleh dengan baik, kerana akan diperlukan apabila akan dijual kembali. Jika surat-surat penting ini hilang, harga emas anda boleh jatuh. Simpanlah dalam satu plastik bersama dengan emasnya dan kemudian dikurung.

7. Menyimpan Emas yang Benar

Memiliki emas sama ertinya dengan menyimpan barang berharga atau tabungan. Jika emas yang disimpan di rumah tidak terlalu banyak, gunakan kotak atau peti besi peribadi. Jika emas tergolong banyak (1kg ke atas), maka perlu disimpan di tempat deposit di bank. Kos upah simpan tidak terlalu mahal, dan berbeza-beza antara satu bank dengan yang lain.

8. Emas Sebagai Jaminan

Bawalah ke pegadaian dan jaminkanlah, emas tersebut boleh ditebus kembali selepas anda mempunyai wang. Dalam hal ini emas lebih baik digadaikan, bukan dijual, kerana jika anda membeli emas baru dengan ukuran dan kadar yang sama, belum tentu harganya sama.



------------------------------------------------------------


Register sebagai pelanggan / ahli online PublicGold di http://www.publicgold.com.my/referral/PG012775/65081

Pergi di tab "login" dan register secara pecuma.

Selamat Tahun baru Cina