1. Apa itu Spot Price?
Spot Price adalah harga emas yang dipersetujui di pasaran antarabangsa berdasarkan kepada permintaan dan pengeluaran. Harga ini boleh turun atau naik dalam masa beberapa minit sahaja. Antara website yang menunjukkan Spot Price ialah www.kitco.com. Public Gold menawarkan produk emas mengikut harga Spot Price, yang pertama seumpamanya di Malaysia.
2. Apa itu Troy Ounce?
Troy ounce ialah unit untuk mengukur precious metals. 1 troy ounce = 31.1 gram.
3. Kenapa saya perlu bayar premium sebagai tambahan kepada harga Spot Price?
Produk emas fizikal seperti jongkong, wafer dan syiling dihasilkan melalui satu proses pembuatan atau “minting”, supaya produk-produk ini boleh didagangkan. Premium kepada Spot Price ialah kos pembuatan tersebut.
4. Apa itu Margin Spread?
Apabila kita membeli emas fizikal, kita membeli pada harga premium (lebih sedikit dari harga live spot price), seperti contoh 6% lebih. Kemudian, apabila kita menjual emas tersebut, kita dapat menjual pada harga yang kurang sedikit dari live spot price, contohnya 1% – maka dari contoh ini, margin spread adalah 7%.
5. Apa itu Assayer?
Assayer ialah penguji ketulenan emas. Public Gold bekerjasama dengan assayer independen (Assay Office Penang Sdn Bhd) untuk mengekalkan tahap dan kualiti ketulenan emas dijaga rapi.
6. Apakah itu Bullion?
Bullion adalah emas yang dinilai mengikut berat yang spesifik. Tidak seperti syiling yang dibuat untuk tujuan koleksi – pembuatannya adalah terhad, nilainya yang ditentukan oleh usia dan antik – bullion dapat dibeli oleh orang kebanyakan sebagai pelaburan yang mudah. Bullion Public Gold bolehlah merujuk kepada jongkong (250g), wafer (10g, 20g, 50g, 100g), atau syiling (50g dan Dinar).
7. Kenapa melabur dalam bullion?
Pelaburan emas merupakan salah satu pilihan terbaik dalam perancangan kewangan seseorang. Ramai yang lebih selesa dengan kaedah pelaburan yang mana aset dan nilai harta itu dapat dipegang, disimpan dan diurus sendiri secara peribadi, daripada membiarkannya diurus oleh bank atau broker. Tidak seperti pelaburan kewangan yang lain, harga emas tidak mudah dipengaruhi oleh kesan negatif ekonomi, malah harga emas lebih berprestasi tinggi pada ketika ekonomi tengah gawat. Maka pelaburan emas dapat memberikan keseimbangan dalam portfolio pelaburan. Tidak kira anda pelabur agresif atau tidak, pelaburan emas fizikal boleh menjadi sebahagian aset yang penting. Ada pakar yang mencadangkan 10-15% aset portfolio dilaburkan di dalam precious metal (emas, perak, platinum dsb). Setiap pelaburan mempunyai tahap risiko yang tersendiri dan sememangnya perlukan pertahanan yang kukuh dan kebal dari kesan negatif ekonomi, politik dan sosial. Emas fizikal merupakan pelaburan yang paling “liquid”, iaitu mudah untuk dibawa ke mana-mana, mudah untuk disimpan, mudah untuk dijual beli baik di negara tempatan atau di mana-mana negara, dan mudah untuk ditukarkan kepada wang tunai pada bila-bila masa.
No comments:
Post a Comment