******** ASSALAMUALAIKUM & BISMILLAHI AR-RAHMAN AR-RAHIM ********
************** KEMPEN BELI & SIMPAN 1 DINAR EMAS 1 BULAN
*************
PERHATIAN : Pelanggan baru, kalau nak baca blog ini, baca mulai daripada bawah ke atas ataupun terus ke ruangan TOP 10 ENTRY (sebelah bawah sikit) di sebelah kanan blog ini. Bagi pelanggan lama, bacaan anda adalah dari atas ke bawah dan sekarang anda boleh teruskan bacaan artikel terkini sepertimana di bawah.

MOHON SAHABAT-SAHABAT SAYA YANG DIRAHMATI ALLAH TAALA MENGUNJUNGI PAGE INI UTK MAKLUMAN TERKINI "http://www.facebook.com/SaudagarGoldNaim" INSYAALLAH SAHABAT-SAHABAT SAYA AKAN DPT PELBAGAI ILMU DAN PERKEMBANGAN TERKINI MENGENAI EMAS DAN PERAK. EKSKLUSIF, INSYAALLAH, BAROKALLAH, TABAROKALLAH...

Saudagar Gold Naim 017-3493060

>> TEKAN LINK 'OLDER POST' (BAWAH SEKALI) UNTUK BACA ARTIKEL LAMA. >>UNTUK PAPARAN YANG LEBIH BAIK SILA GUNAKAN MONZILLA FIREFOX. -----------------------------------------------------------------------------------------

Tuesday, 24 January 2012

Elakkan diri dari terjebak dalam Skim beli 1 : percuma 2

Kebelakangan ini, skim beli 1 emas, percuma 2 emas sangat popular sehingga menjerat ramai orang yang kurang ilmu dalam pelaburan dan perniagaan emas. Skim ini bukan sahaja merugikan pembeli, malah menyebabkan pembeli terpaksa menanggung hutang yang dibuat oleh penjual.

Pembeli sepatutnya berhati-hati dengan kata-kata manis yang ditabur oleh penjual. Walaupun 2 unit emas diberikan percuma, tetapi tanggungan hutang oleh pembeli terhadap Ar-Rahnu boleh mengakibatkan pelbagai kesan yang tidak dijangka.

Ramai sudah terkena. Anda bila lagi? Jangan sesekali terperangkap!

Penjual akan menawarkan khidmat "Beli 1 Emas, Percuma 2 Emas" kepada pembeli. Pembeli tertarik dengan tawaran "manis" penjual lalu bersetuju untuk membeli emas tersebut. Maka penjual membawa emas miliknya ke Ar-Rahnu bersama-sama pembeli, manakala pembeli membawa sejumlah wang yang bersamaan dengan harga 1 unit emas.

Contoh: 1 unit emas berharga RM10,000. Pembeli membawa tunai RM10,000 manakala penjual membawa 3 unit emas bernilai RM30,000. Mereka bertemu di Ar-Rahnu.

Penjual memajak ketiga-tiga unit emas miliknya ke dalam Ar-Rahnu. Pajakan ini membolehkan penjual menerima 70% wang tunai dari nilai emas yang dipajak.

Contoh: Penjual memajak ketiga-tiga unit emas miliknya yang bernilai RM30,000.
70% wang tunai hasil daripada pajakan emas tadi akan diambil oleh penjual.

Contoh: 70% daripada RM30,000 bersamaan RM21,000. Penjual akan menerima tunai sebanyak RM21,000 hasil daripada pajakan emas miliknya tadi.


Ar-Rahnu akan mengeluarkan surat pajak iaitu surat perjanjian bayaran semula wang tunai pinjaman tadi. Surat pajak tersebut akan dinamakan ke atas pembeli (persetujuan penjual), maka emas yang dipajak tadi menjadi milik pembeli.

Contoh: Pembeli menerima surat pajak yang dinamakan ke atas dirinya. Maka emas yang dipajak di dalam Ar-Rahnu tadi adalah milik pembeli. Tetapi tanpa disedari, hutang berjumlah RM21,000 yang dibuat oleh penjual ditanggung pembeli bersama-sama upah simpan emas yang dipajak.

 

Pembeli membayar wang tunai bersamaan harga 1 unit emas sebagai transaksi jual-beli emas 3 unit yang dipajak.

Contoh: Pembeli membayar RM10,000 kepada penjual sebagai transaksi membeli 3 unit emas yang bernilai RM30,000.


Akhir pembelian, penjual akan mendapat RM31, 000 tunai di tangannya manakala pembeli akan mendapat surat pajak (surat hutang) yang bernilai -RM21,000.

Siapa untung?

Hindarilah skim ini. Transaksi jual-beli sebegini adalah HARAM di sisi Islam.


Link-link yang berkaitan seperti entri diatas.


Credit : http://www.facebook.com/jutawandualogam

No comments: