******** ASSALAMUALAIKUM & BISMILLAHI AR-RAHMAN AR-RAHIM ********
************** KEMPEN BELI & SIMPAN 1 DINAR EMAS 1 BULAN
*************
PERHATIAN : Pelanggan baru, kalau nak baca blog ini, baca mulai daripada bawah ke atas ataupun terus ke ruangan TOP 10 ENTRY (sebelah bawah sikit) di sebelah kanan blog ini. Bagi pelanggan lama, bacaan anda adalah dari atas ke bawah dan sekarang anda boleh teruskan bacaan artikel terkini sepertimana di bawah.

MOHON SAHABAT-SAHABAT SAYA YANG DIRAHMATI ALLAH TAALA MENGUNJUNGI PAGE INI UTK MAKLUMAN TERKINI "http://www.facebook.com/SaudagarGoldNaim" INSYAALLAH SAHABAT-SAHABAT SAYA AKAN DPT PELBAGAI ILMU DAN PERKEMBANGAN TERKINI MENGENAI EMAS DAN PERAK. EKSKLUSIF, INSYAALLAH, BAROKALLAH, TABAROKALLAH...

Saudagar Gold Naim 017-3493060

>> TEKAN LINK 'OLDER POST' (BAWAH SEKALI) UNTUK BACA ARTIKEL LAMA. >>UNTUK PAPARAN YANG LEBIH BAIK SILA GUNAKAN MONZILLA FIREFOX. -----------------------------------------------------------------------------------------

Thursday, 26 January 2012

Sesi soal jawab PG


Kenapa saya pilih emas Public Gold dan Public Dinar? Ini sebabnya..



1. Pengeluar gold bar tempatan pertama yang mendapat pengiktirafan assayer (mencipta rekod "The Malaysia Book of Record").
2. Cantik (boleh dijadikan hadiah).
3. Kos pelaburan jongkong emas yg paling murah di Malaysia.
4. Perbezaan harga jualan & belian (spread) yg rendah.
5. Anda akan memiliki emas fizikal.
6. Terdapat sistem penempahan secara online selama 24 jam (syarikat pertama di Malaysia).
7. Anda boleh menempah harga emas tertentu.
8. Memberi jaminan membeli balik emas (Public Gold) mengikut harga belian walaupun calar,dibuka sarungnya atau bengkok.
9. Stok sentiasa ada.
10. Mempunyai Sijil Ketulenan Emas yang sah.




Bagaimana kita nak tahu gold bar Public Gold tulen atau tidak?
Senang saja. Setiap keping gold bar atau gold coin disertakan dengan sekeping sijil yang disahkan oleh Assayer. Assayer adalah pihak yang akan mengiktirafkan ketulenan emas. Nombor siri sijil tersebut akan sama dengan nombor siri pada jongkong emas. Jika anda nak jual balik gold bar, sijil mesti disertakan sekali untuk tujuan memudahkan pemilik baru menjual balik jongkong tersebut.

Bila masa yang paling sesuai nak beli emas?
Lagi cepat lagi bagus. Tapi pastikan bila ada duit lah. Harga emas sentiasa akan naik, tak kira berapa pun harga masa anda beli tu. Walaupun harga masa anda beli tu mahal bagi anda, sebenarnya anda masih beruntung kerana harga tersebut takkan statik di situ. Harga emas tetap naik untuk jangkamasa panjang dengan syarat anda mesti beli emas fizikal.

Apa nak buat kalau lepas beli, harga turun?
Simpan saja. Tunggu bila harga naik balik, lepas tu jual kalau nak buat untung. Kalau tak, simpan lagi untuk kaut hasilnya sebab emas adalah pelaburan jangka panjang. Walaupun harga emas turun selepas anda beli, anda harus ingat bahawa emas tu masih ada dengan anda. Anda takkan rugi jika pegang emas kerana lagi lama anda pegang, lagi banyak keuntunganan anda dapat. Bebeza pula dengan Unit Trust atau Stock Market, bila harga turun merudum, wang pun hangus.

Emas Public Gold ni diterima tak oleh syarikat lain atau mana-mana goldsmith? (seandainya Public Gold atau Public Dinar tutup)
Emas adalah emas. Bawalah kemana-mana pun, ia tetap emas. Cuba beli cincin emas kat Dubai atau Mekah mahupun Australia, selepas tu jual kat kedai emas di Malaysia. Bila diorg uji dengan mesin ketulenan dan kenal pasti bahawa emas tu emas tulen, sudah pasti mereka ambil. Emas bukan seperti wang fiat. Sebab itu juga masa zaman perang Vietnam, semua orang Vietnam keluar negara bawa emas. Mereka langsung tak bawa duit kertas.

Macam mana hendak beli?

Tanyalah mana-mana ejen, prosedurnya tetap sama. Bila anda dah sedia nak beli, tengok harga kat Public Gold atau Public Dinar. Selepas tu, telefon ejen untuk lock harga. Hanya ejen sahaja yang boleh lock harga. Kemudian, bank-in duit dan telefon ejen untuk penghantaran atau pengambilan di Syarikat Public Gold. Jika anda membuat belian di dalam Facebook atau mana-mana forum, pastikan anda membuat pembayaran di tempat dijanjikan supaya tiada kes penipuan. Anda boleh melakukan akad jual beli di sana. Banyak kes penipuan melibatkan pihak individu sebelum ini.

Berapa banyak patut dibeli? Ada minimum tak?
Minimum untuk Public Gold ialah 10 gram iaitu dalam bentuk jongkong atau bar dan bagi Public Dinar pula ialah 1 Dinar (4.25 gram) iaitu dalam bentuk syiling. Berapa banyak yang anda nak beli adalah tertakluk kepada anda. Tiada had atau syarat untuk sesiapa pun untuk beli emas di Public Gold.

Berapa berat jongkong yang ada?

Public Gold (Jongkong) ketulenan 999
10 gram 20gram 50gram 100gram 250gram

Public Dinar (Syiling) ketulenan 916
1 Dinar 5 Dinar 10 Dinar
(4.25gram) (21.25gram) (42.5gram)

Kalau dah beli,simpan kat mana?
Kalau berani, simpanlah di rumah. Kalau sikit kuantitinya, simpan sahaja macam anda simpan barang kemas. Tapi kalau banyak dan nak lebih ciri-ciri keselamatan, anda boleh simpan di deposit box di mana-mana bank atau sewa Royal Safe Deposit Box di Sunway Mentari bagi yang tinggal di kawasan Lembah Klang. Maklumat harga dan saiz peti simpanan itu boleh anda dapatkan di Public Gold sendiri.

Kalau tinggal di luar negara, bagaimana nak beli?
Cara yang paling logik dan praktikal, minta saudara terdekat di Malaysia samada ibu, ayah, adik beradik, suami atau isteri belikan.

Boleh tak saya invest dengan barang kemas? Emas juga kan?
Boleh tapi kalau memang niat nak melabur, saya nasihatkan terus sahaja beli jongkong atau syiling. Sebabnya? Pertama, harga anda beli pun tinggi sebab tuan kedai tu pastinya akan tambah harga emas dengan harga tukang. itu sudah wajib!! Kedua, bila anda nak jual balik, barang-barang kemas tersebut akan dikira sebagai 'emas terpakai' yang mempunyai susut nilai yang agak tinggi dalam 20% hingga 40%. Jadi, walaupun harga emas tinggi semasa anda hendak menjual emas tersebut, anda masih rugi disebabkan susut nilai itu.

Poh Kong dan Tomei pun ada buat gold bar sendiri. Jadi, bolehlah beli yang tu untuk pelaburan?
Nak beli tu boleh tapi kena jaga baik-baik. Jika jongkong emas tersebut tercalar, tergores, terserpih atau bengkok, jongkong anda itu dah dikira sebagai 'emas terpakai'. Nilai emas itu juga akan dikurangkan seandainya sarungnya dibuka. Sedangkan Public Gold tetap ambik jongkong dia balik bila anda nak jual walaupun calar atau bengkok. Biasanya sarung jongkong emas dibuka apabila melalui proses pajakan. Risiko untuk jongkong emas itu tercalar adalah sangat tinggi kerana pekerja bank semestinya mahu menyenangkan kerja mereka dan mereka berpendapat emas itu bukan milik mereka. Jadi, pilihan di tangan anda. Jika anda merancang untuk tidak sekali-kali memajak emas anda, jongkong emas selain Public Gold boleh menjadi pilhan anda.

Mana mana saya nak jadi dealer?
Senang saja. Bagitau saya, saya akan kongsi cara dan ilmu menjual emas sebanyak mana yang saya tahu. Kemudian, buat pendaftaran di Public Gold dengan membeli nilai stok yang telah ditetapkan oleh Public Gold untuk menjadi dealer. Untuk mendaftar, introducer diperlukan dan saya boleh jadi intoducer anda.

Tuesday, 24 January 2012

Elakkan diri dari terjebak dalam Skim beli 1 : percuma 2

Kebelakangan ini, skim beli 1 emas, percuma 2 emas sangat popular sehingga menjerat ramai orang yang kurang ilmu dalam pelaburan dan perniagaan emas. Skim ini bukan sahaja merugikan pembeli, malah menyebabkan pembeli terpaksa menanggung hutang yang dibuat oleh penjual.

Pembeli sepatutnya berhati-hati dengan kata-kata manis yang ditabur oleh penjual. Walaupun 2 unit emas diberikan percuma, tetapi tanggungan hutang oleh pembeli terhadap Ar-Rahnu boleh mengakibatkan pelbagai kesan yang tidak dijangka.

Ramai sudah terkena. Anda bila lagi? Jangan sesekali terperangkap!

Penjual akan menawarkan khidmat "Beli 1 Emas, Percuma 2 Emas" kepada pembeli. Pembeli tertarik dengan tawaran "manis" penjual lalu bersetuju untuk membeli emas tersebut. Maka penjual membawa emas miliknya ke Ar-Rahnu bersama-sama pembeli, manakala pembeli membawa sejumlah wang yang bersamaan dengan harga 1 unit emas.

Contoh: 1 unit emas berharga RM10,000. Pembeli membawa tunai RM10,000 manakala penjual membawa 3 unit emas bernilai RM30,000. Mereka bertemu di Ar-Rahnu.

Penjual memajak ketiga-tiga unit emas miliknya ke dalam Ar-Rahnu. Pajakan ini membolehkan penjual menerima 70% wang tunai dari nilai emas yang dipajak.

Contoh: Penjual memajak ketiga-tiga unit emas miliknya yang bernilai RM30,000.
70% wang tunai hasil daripada pajakan emas tadi akan diambil oleh penjual.

Contoh: 70% daripada RM30,000 bersamaan RM21,000. Penjual akan menerima tunai sebanyak RM21,000 hasil daripada pajakan emas miliknya tadi.


Ar-Rahnu akan mengeluarkan surat pajak iaitu surat perjanjian bayaran semula wang tunai pinjaman tadi. Surat pajak tersebut akan dinamakan ke atas pembeli (persetujuan penjual), maka emas yang dipajak tadi menjadi milik pembeli.

Contoh: Pembeli menerima surat pajak yang dinamakan ke atas dirinya. Maka emas yang dipajak di dalam Ar-Rahnu tadi adalah milik pembeli. Tetapi tanpa disedari, hutang berjumlah RM21,000 yang dibuat oleh penjual ditanggung pembeli bersama-sama upah simpan emas yang dipajak.

 

Pembeli membayar wang tunai bersamaan harga 1 unit emas sebagai transaksi jual-beli emas 3 unit yang dipajak.

Contoh: Pembeli membayar RM10,000 kepada penjual sebagai transaksi membeli 3 unit emas yang bernilai RM30,000.


Akhir pembelian, penjual akan mendapat RM31, 000 tunai di tangannya manakala pembeli akan mendapat surat pajak (surat hutang) yang bernilai -RM21,000.

Siapa untung?

Hindarilah skim ini. Transaksi jual-beli sebegini adalah HARAM di sisi Islam.


Link-link yang berkaitan seperti entri diatas.


Credit : http://www.facebook.com/jutawandualogam

Sunday, 22 January 2012

Tuesday, 17 January 2012

Soalan Lazim Bagi Yang Baru Kenal Emas

1. Apa itu Spot Price?

Spot Price adalah harga emas yang dipersetujui di pasaran antarabangsa berdasarkan kepada permintaan dan pengeluaran. Harga ini boleh turun atau naik dalam masa beberapa minit sahaja. Antara website yang menunjukkan Spot Price ialah www.kitco.com. Public Gold menawarkan produk emas mengikut harga Spot Price, yang pertama seumpamanya di Malaysia.

2. Apa itu Troy Ounce?

Troy ounce ialah unit untuk mengukur precious metals. 1 troy ounce = 31.1 gram.

3. Kenapa saya perlu bayar premium sebagai tambahan kepada harga Spot Price?

Produk emas fizikal seperti jongkong, wafer dan syiling dihasilkan melalui satu proses pembuatan atau “minting”, supaya produk-produk ini boleh didagangkan. Premium kepada Spot Price ialah kos pembuatan tersebut.

4. Apa itu Margin Spread?

Apabila kita membeli emas fizikal, kita membeli pada harga premium (lebih sedikit dari harga live spot price), seperti contoh 6% lebih. Kemudian, apabila kita menjual emas tersebut, kita dapat menjual pada harga yang kurang sedikit dari live spot price, contohnya 1% – maka dari contoh ini, margin spread adalah 7%.

5. Apa itu Assayer?

Assayer ialah penguji ketulenan emas. Public Gold bekerjasama dengan assayer independen (Assay Office Penang Sdn Bhd) untuk mengekalkan tahap dan kualiti ketulenan emas dijaga rapi.

6. Apakah itu Bullion?

Bullion adalah emas yang dinilai mengikut berat yang spesifik. Tidak seperti syiling yang dibuat untuk tujuan koleksi – pembuatannya adalah terhad, nilainya yang ditentukan oleh usia dan antik – bullion dapat dibeli oleh orang kebanyakan sebagai pelaburan yang mudah. Bullion Public Gold bolehlah merujuk kepada jongkong (250g), wafer (10g, 20g, 50g, 100g), atau syiling (50g dan Dinar).

7. Kenapa melabur dalam bullion?

Pelaburan emas merupakan salah satu pilihan terbaik dalam perancangan kewangan seseorang. Ramai yang lebih selesa dengan kaedah pelaburan yang mana aset dan nilai harta itu dapat dipegang, disimpan dan diurus sendiri secara peribadi, daripada membiarkannya diurus oleh bank atau broker. Tidak seperti pelaburan kewangan yang lain, harga emas tidak mudah dipengaruhi oleh kesan negatif ekonomi, malah harga emas lebih berprestasi tinggi pada ketika ekonomi tengah gawat. Maka pelaburan emas dapat memberikan keseimbangan dalam portfolio pelaburan. Tidak kira anda pelabur agresif atau tidak, pelaburan emas fizikal boleh menjadi sebahagian aset yang penting. Ada pakar yang mencadangkan 10-15% aset portfolio dilaburkan di dalam precious metal (emas, perak, platinum dsb). Setiap pelaburan mempunyai tahap risiko yang tersendiri dan sememangnya perlukan pertahanan yang kukuh dan kebal dari kesan negatif ekonomi, politik dan sosial. Emas fizikal merupakan pelaburan yang paling “liquid”, iaitu mudah untuk dibawa ke mana-mana, mudah untuk disimpan, mudah untuk dijual beli baik di negara tempatan atau di mana-mana negara, dan mudah untuk ditukarkan kepada wang tunai pada bila-bila masa.

Emas dijangka cecah RM503 satu gram menjelang 2020

2012/01/17

STANDARD Chartered Bank mengunjurkan harga emas bakal mencecah AS$5,000 seauns atau kira-kira AS$160 (RM503) satu gram menjelang 2020, disokong permintaan kukuh dari China dan India.

Ketua Penyelidik Global Komoditinya, Hsi Han Pin berkata ada kaitan ketara antara pendapatan isi rumah di China dan India dengan harga emas kerana sebarang peningkatan pendapatan boleh guna di dua negara pembeli emas utama dunia itu akan mendorong peningkatan permintaan bagi logam berharga berkenaan.
Beliau berkata, langkah bank pusat seluruh dunia mengumpul emas bagi mempelbagaikan rizab masing-masing juga membantu melonjakkan harga logam berharga itu untuk terus kekal tinggi.
“Kebimbangan terhadap krisis hutang Eropah dan pertumbuhan perlahan ekonomi Amerika Syarikat (AS) akan terus menggalakkan pelabur dan bank pusat membeli emas,” katanya pada siri taklimat penyelidikan global 2012 di Kuala Lumpur semalam.

Hsi menambah, harga emas juga akan disokong persekitaran kadar faedah sebenar yang negatif apabila banyak bank pusat dijangkakan menurunkan kadar faedah atau mengekalkannya pada paras terendah untuk menyokong pertumbuhan ekonomi negara masing-masing.

Sepanjang 2011, harga emas meningkat 10 peratus dengan mencecah paras tertinggi dalam sejarah pada AS$1,920.30 seauns atau AS$61 (RM194) satu gram September lalu berikutan kebimbangan krisis hutang di Eropah dan pertumbuhan perlahan ekonomi AS.

Bagaimanapun, pada Disember lalu, harganya jatuh mendadak berikutan pengukuhan dolar AS dan penjualan berterusan oleh dana lindung nilai.
Pada dagangan semalam, harga emas meningkat 11 sen kepada RM159.93 satu gram.

Mengenai ekonomi Malaysia, Ketua Penyelidik Asia Tenggara Standard Chartered Bank, Tai Hui mengunjurkan ekonomi negara ini akan berkembang 2.7 peratus tahun ini berbanding 4.8 peratus tahun lalu berikutan ketidaktentuan ekonomi global.

Katanya, sektor komoditi akan menjadi pemangkin utama yang menentukan pertumbuhan tahun ini, sama seperti tahun lalu dengan minyak sawit, getah dan gas asli cecair menyumbang 70 peratus kepada pertumbuhan lapan peratus eksport Malaysia dalam tempoh sembilan bulan tahun lalu.

Beliau berkata, harga komoditi juga memainkan peranan penting dalam perbelanjaan penduduk Malaysia terutama di kawasan kampung.

"Harga komoditi yang tinggi akan membantu ekonomi domestik berdepan dengan ketidaktentuan di pasaran global," katanya.

Beliau berkata, pihaknya menjangkakan harga CPO akan berada pada paras RM3,450 setan tahun ini, meningkat daripada RM3,216 setan tahun lalu.

Tai berkata, inflasi dijangka berkurangan kepada 2.6 peratus tahun ini berbanding 3.3 peratus lalu berikutan kestabilan harga komoditi dan makanan.

Beliau berkata pihaknya juga mengunjurkan Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengurangkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 0.5 peratus tahun ini, bermula dengan pengurangan 0.25 peratus pada Mac ini.

Bank itu mengunjurkan ringgit akan mencecah paras RM3.03 berbanding dolar AS menjelang akhir tahun ini, disokong harga komoditi yang kukuh. - Berita Harian


Ini adalah artikel yang dikeluarkan oleh Berita Harian. Media Massa telah memainkan peranan mereka untuk menyedarkan masyarakat akan kelebihan emas. Kami yang tergolong dalam Media Alternatif ini sememangnya mengalu-alukan penyertaan Tuan - Tuan dalam arena ini.


Pelbagai Produk Emas dalam negara kita, Tuan-Tuan pilihlah yang terbaik. Saya sentiasa sudi membantu 013.366.3060  atau private message di http://www.facebook.com/Mr.Syukie

Friday, 13 January 2012

Tinjauan pergerakan harga minggu ini (16-20/01/2011)

Wow, menarik!
'Gold Prices Expected To Fall Next Week – Survey Participants'
Bullish - 25.0%
Bearish - 45.8%
Neutral - 29.2%

>> http://www.kitco.com/kgs/goldsurvey_january13.2012.html
>> http://saudagar-gold.blogspot.com/
>> http://www.facebook.com/Mr.Syukie - 013-366.3060

Koleksi Sembang Emas 0008

 Tajuk Lebih Kepada Info Kebaikan dan keburukan main gadai 30-70.

Link : http://sunnahmoney.blogspot.com/2011/12/dan-salam-sejahtera.html

Friday, 6 January 2012

Harga emas dijangka naik RM5,662 seauns

Harga emas dijangka naik RM5,662 seauns

2012/01/07

HARGA emas dijangka kekal di paras tinggi tahun ini apabila bank pusat global dijangka akan terus membeli logam berharga itu yang dianggap selamat ketika keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu, kata OCBC Bank.

Ia berkata, komoditi itu kemungkinan meningkat naik kepada AS$1,800 (RM5,662) seauns menjelang akhir tahun apabila bank-bank pusat mengumpul emas bagi mempelbagaikan rizab masing-masing.
Dalam laporan penyelidikan Prospek Komoditi 2012 bank itu, OCBC berkata, pembelian emas yang dibuat oleh bank-bank pusat tahun lalu adalah tujuh kali lebih tinggi berbanding 2010.
Langkah itu menyebabkan berlaku aliran peningkatan bagi logam berharga itu apabila jongkong emas dianggap sebagai penyimpanan nilai bagi pelabur dan pihak berkuasa global.

“Kini, kami melihat harga emas semasa sekitar AS$1,600 seaun sebagai agak wajar,” kata bank itu.

Emas, katanya, telah mencatatkan prestasi cemerlang, meningkat hampir 20 peratus, bagi gabungan kadar pertumbuhan tahunan, bagi tempoh 10 tahun lalu.

OCBC percaya aliran itu akan berterusan tahun ini kerana kenaikan harga emas didorong oleh persekitaran kadar faedah sebenar negatif apabila bank-bank pusat dijangka menurunkan kadar faedah atau mengekalkannya pada paras terendah untuk menyokong pertumbuhan.
Buat masa ini, emas masih dicadangkan sebagai komoditi yang selamat, kata bank itu.

Memetik kaji selidik Bloomberg baru-baru ini, bank itu berkata daripada 26 peniaga, 70 peratus masih yakin dengan kedudukan harga emas yang tinggi disebabkan keperluan untuk melindungi aset. – BERNAMA