******** ASSALAMUALAIKUM & BISMILLAHI AR-RAHMAN AR-RAHIM ********
************** KEMPEN BELI & SIMPAN 1 DINAR EMAS 1 BULAN
*************
PERHATIAN : Pelanggan baru, kalau nak baca blog ini, baca mulai daripada bawah ke atas ataupun terus ke ruangan TOP 10 ENTRY (sebelah bawah sikit) di sebelah kanan blog ini. Bagi pelanggan lama, bacaan anda adalah dari atas ke bawah dan sekarang anda boleh teruskan bacaan artikel terkini sepertimana di bawah.

MOHON SAHABAT-SAHABAT SAYA YANG DIRAHMATI ALLAH TAALA MENGUNJUNGI PAGE INI UTK MAKLUMAN TERKINI "http://www.facebook.com/SaudagarGoldNaim" INSYAALLAH SAHABAT-SAHABAT SAYA AKAN DPT PELBAGAI ILMU DAN PERKEMBANGAN TERKINI MENGENAI EMAS DAN PERAK. EKSKLUSIF, INSYAALLAH, BAROKALLAH, TABAROKALLAH...

Saudagar Gold Naim 017-3493060

>> TEKAN LINK 'OLDER POST' (BAWAH SEKALI) UNTUK BACA ARTIKEL LAMA. >>UNTUK PAPARAN YANG LEBIH BAIK SILA GUNAKAN MONZILLA FIREFOX. -----------------------------------------------------------------------------------------

Friday, 16 December 2011

Kerpecayaan kepada duit kertas semakin merosot

Pelabur keluarkan berbilion yuan



SEORANG kerani membawa sejumlah wang kertas yuan di sebuah bank di Suining, wilayah Sichuan, China pada Selasa lalu.



BEIJING - Para pelabur China mengeluarkan berbilion-bilion mata wang yuan dari bank-bank utama dalam tempoh 10 hari pertama bulan ini, lapor akhbar 21st Century Business Herald semalam.

Deposit wang merosot 400 bilion yuan (RM200.3 bilion) semasa mata wang yuan berada dalam tekanan paling besar sejak ekonomi global merudum pada 2008 dengan ekonomi domestik perlahan serta kekalutan masalah kewangan di Eropah dan Amerika Syarikat (AS) meningkatkan permintaan untuk dolar AS.

Pengeluaran wang yuan itu bakal menjejaskan pinjaman dengan empat buah bank utama mengeluarkan hanya 30 bilion yuan (RM15.03 bilion) dalam bentuk pinjaman baharu dalam tempoh 10 hari.

Bank-bank China mengeluarkan yuan berjumlah 562.2 bilion (RM281.6 bilion) pada November lalu.

Menurut akhbar 21st Century Business Herald yang memetik sumber-sumber, separuh daripada pengeluaran wang itu adalah daripada Bank of China yang mempunyai perniagaan tukaran wang asing terbesar.

Akhbar itu melaporkan, beberapa buah bank lain yang terjejas ialah Industrial and Commercial Bank of China, China Construction Bank dan Agricultural Bank of China.

Para penyimpan wang mungkin mengeluarkan dana masing-masing kerana mereka sangsi mata wang yuan akan mengukuh pada tahun depan.

China yang bergantung kepada eksport melaksanakan kawalan ketat ke atas mata wang yuan.

Pengkritik-pengkritik menyifatkan kawalan tersebut tidak adil kerana ia membolehkan China menjual produknya pada harga murah.

Ketika permintaan untuk produk China semakin lemah, pemerintah dijangka bertindak untuk menghalang penyusutan nilai yuan bagi mengelakkan kejatuhan eksport dan kehilangan pekerjaan di sektor pengilangan yang menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi negara. - AFP

No comments: