KEUNTUNGAN PELABURAN ASB ( 8.8 % )
2011-12-20 (Metro) - KIRA-KIRA 7.3 juta pemegang yang kini melanggan 95.9 bilion unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) bakal menerima durian runtuh berikutan Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) mengumumkan pemberian dividen sebanyak 7.65 sen seunit dan bonus 1.15 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011.
Agihan pendapatan itu lebih tinggi daripada pembayaran 7.5 sen seunit tahun lalu, manakala bonus 1.15 sen adalah lebih rendah berbanding 1.25 sen sebelum ini.
Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tun Ahmad Sarji berkata, peruntukan bagi agihan pendapatan itu membabitkan pembayaran RM7.04 bilion, meningkat 21 peratus berbanding RM5.82 bilion tahun lalu, sementara bagi bayaran bonus pula, PNB memperuntukkan pembayaran RM628.29 juta.
“Sehingga 15 Disember lalu, ASB memperoleh pendapatan kasar RM7.19 bilion atau 56.9 peratus apabila pendapatan dividen hasil pelaburan dalam syarikat menyumbang RM4.09 bilion.
“Keuntungan daripada penjualan saham dalam syarikat pula menyumbang RM2.25 bilion atau 31.3 peratus kepada pendapatan kasar dan selebihnya RM0.85 bilion adalah hasil pelaburan dalam instrumen jangka pendek serta lain-lain pendapatan,” katanya ketika mengumumkan mengumumkan pengagihan pendapatan ASB bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011 di Kuala Lumpur, semalam.
Beliau berkata, pembayaran agihan pendapatan dan bonus ASB itu akan dikreditkan secara automatik ke dalam buku pelaburan setiap pemegang unit.
“Pengiraan pengagihan pendapatan ini adalah berdasarkan purata baki pegangan minimum bulanan bagi tempoh pelaburan sepanjang tahun kewangan ASB berakhir 31 Disember ini.
“Pengiraan bonus pula dibuat berdasarkan purata pegangan minimum bulanan pelabur dalam tempoh 10 tahun bermula 2001 hingga 2011,” katanya.
KEUNTUNGAN PELABURAN EMAS ( 21.68% )
2011-12-20 - Kenaikan harga EMAS pada tahun 2011 lebih tinggi iaitu 21.68% jika dibandingkan dengan keuntungan pelaburan di ASB iaitu sebanyak 8.8 % sahaja.
Pada permulaan 26 Jan 2011 harga emas dicatatkan 1314.90 (USD per Ounce) sehinggalah 19 Dec 2011 dicatatkan 1600.00 (USD per Ounce).
Kadar kenaikan EMAS PALING TERTINGGI pada tahun 2011 dicatatkan 1900.03/Oz yang merupakan kenaikan emas paling tertinggi dalam dunia Pelaburan EMAS.
Lihat graf kenaikan harga emas di bawah yang menunjukkan EMAS sentiasa menaik dan terus menaik...
Harga EMAS pada 26 Jan 2011 = 1314.90/Oz
Harga EMAS pada 19 Dec 2011 = 1600.00/0z
Kenaikan EMAS untuk tahun 2011 adalah 21.68 % Setahun.
RENUNG -RENUNGKANLAH.. Ternyata Pelaburan EMAS adalah lebih menguntungkan dari pelaburan ASB dan ia memberi pulangan yang lebih baik untuk pelaburan jangka panjang anda. Saudagar Gold sedia membantu dan membimbing anda untuk Pelaburan EMAS ini.
*
1600-1314.90=285.1
285.1/1314.90=0.2168x100
=21.68%
Credit : Ezuekhai Niaga
No comments:
Post a Comment