******** ASSALAMUALAIKUM & BISMILLAHI AR-RAHMAN AR-RAHIM ********
************** KEMPEN BELI & SIMPAN 1 DINAR EMAS 1 BULAN
*************
PERHATIAN : Pelanggan baru, kalau nak baca blog ini, baca mulai daripada bawah ke atas ataupun terus ke ruangan TOP 10 ENTRY (sebelah bawah sikit) di sebelah kanan blog ini. Bagi pelanggan lama, bacaan anda adalah dari atas ke bawah dan sekarang anda boleh teruskan bacaan artikel terkini sepertimana di bawah.

MOHON SAHABAT-SAHABAT SAYA YANG DIRAHMATI ALLAH TAALA MENGUNJUNGI PAGE INI UTK MAKLUMAN TERKINI "http://www.facebook.com/SaudagarGoldNaim" INSYAALLAH SAHABAT-SAHABAT SAYA AKAN DPT PELBAGAI ILMU DAN PERKEMBANGAN TERKINI MENGENAI EMAS DAN PERAK. EKSKLUSIF, INSYAALLAH, BAROKALLAH, TABAROKALLAH...

Saudagar Gold Naim 017-3493060

>> TEKAN LINK 'OLDER POST' (BAWAH SEKALI) UNTUK BACA ARTIKEL LAMA. >>UNTUK PAPARAN YANG LEBIH BAIK SILA GUNAKAN MONZILLA FIREFOX. -----------------------------------------------------------------------------------------

Monday, 11 February 2013

Ekonomi Amerika Syarikat merosot sebanyak 0.1%

Ekonomi Amerika Syarikat merosot sebanyak 0.1%AMERIKA SYARIKAT: Ekonomi Amerika Syarikat merekodkan penguncupan tidak dijangka sebanyak 0.1% pada suku keempat tahun 2012 berdasarkan jangkaan daripada petunjuk awal.

Sekiranya disahkan, kemerosotan pada ekonomi nombor satu dunia itu merupakan yang kali pertama direkodkan sejak ekonomi global dilanda kemelesetan pada 2009.



Pada suku keempat itu merupakan kejutan kepada penganalisis di Wall Street yang pengunjurkan pertumbuhan sebanyak 1.1%.

Keadaan ini dilihat akan terus meningkatkan tekanan ke atas rizab persekutuan negara Uncle Sam untuk melaksanakan usaha rangsangan ekonomi.

Bergerak ke hadapan, perbelanjaan domestik pada suku pertama tahun 2013 dijangka akan terus dibayangi ketidaktentuan pada peruntukkan perbelanjaan kerajaan serta penetapan cukai.

Golongan pekerja Amerika ketika ini sudah menyaksikan kuasa berbelanja mereka berkurang secara purata sebanyak seribu dolar setahun berikutan pemotongan gaji sebanyak 2 %.

Manakala, Presiden Barack Obama dijangka terus berdepan cabaran selepas ini di dalam mencapai kata sepakat bersama kongress mengenai penentapan had siling hutang.

Berita mula diterbitkan pada: Februari 01, 2013 15:20 (MYT)



p/s : Pesanan simple dari admin, Kuasa duit US turun , Harga emas naik. Simple as that. Nak simpan Emas atau duit kertas??

No comments: