Wang
kertas tiada nilai, wang kertas makin banyak dicetak tetapi hakikatnya
simpanan emas tiada. Kelompok yang memperkenalkan wang fiat mempunyai
agenda tersendiri untuk menindas dunia dengan ada hutang/interest
melalui pinjaman tetapi akhirnya sudah kelihatan “senjata sudah makan
tuan”.
Banyak negara-negara di sekitar Afrika
telah menjadi mangsa kegagalan/bangkrap daripada kesan penggunaan wang
kertas dan juga inflasi melampau-lampau.
Ekonomi jatuh sekitar tahun 1929 –
1930 antara sebab lainnya kerana disebabkan wang kertas ini dan
diakhirnya perang dunia kedua dari tahun 1939 – 1945.
Sebelum ini Kesatuan Eropah telah pun meluluskan pinjaman bernilai US$50 bilion kepada Greece. Sekarang ini sudah habis?
Selain daripada masalah salah urus
tadbir negara, tipu angka ekonomi, kronisma dan nepostime yang
berleluasa, kegagalan negara Greece juga didapati mempunyai bilangan
kakitangan awam yang sangat tinggi, ratio antara yang tertinggi di dalam
Kesatuan Eropah. Ini yang menyebabkan kos perbelanjaan kerajaan mereka.
Dengan ditambah dengan sistem yang tidak efisien telah turut menyumbang
kepada kejatuhan cepat ekonomi Greece.
1. kehabisan tunai yang bakal dialami
Greece antara lainnya adalah untuk menampung operasi negara yang besar
termasuklah membayar gaji kakitangan awamnya & pencen
2. disebabkan Greece menggunakan
matawang Euro, oleh itu Greece tidak boleh mencetak duitnya sesuka hati.
Ini kerana semuanya mesti melalui Bank Pusat Eropah (ECB) mereka
Begitu juga penipuan yang berleluasa di Greece dalam industri farmasi
contohnya menambah lagi beban teruk kepada kerajaan Greece bagi
membendung kemunduran ekonomi mereka ketika ini.
• Sudah menjadi adat doktor akan menetapkan ubat yang mahal serta dose yang lebih kepada psakit dan “pelanggannya”
• Jikalau di negara seperti di greece
contohnya, doktor di klinik swasta tidak menjual ubat. Doktor hanya
mentapkan ubat yang mana satu yang sesuai untuk pesakitnya dan psakit
akan pergi ke farmasi yang disarankan bagi mengambil ubat yang telah
ditetapkan
• Jadi firma farmaseutikal akan memberi komisen kepada doktor yang mengesyorkan ubat keluaran syarikatnya.
• Lama kelamaan, ia menjadi suatu budaya yang biasa di sana. Implikasinya? Implikasi…..ia kan meninggikan kos ubat di Greece.
• Siasatan Kesatuan Eropah telah mendapati ia sudah mencapai ke tahap yang cukup kritikal.
• Akhirnya, walaupun dibersihkan
penipuan secara keseluruhan ribuan orang akan kehilangan kerja akibat
penurunan mendadak jualan ubat mereka
• Selama ini di sana, pemintaan ubat tinggi hanyalah penipuan semata
Jika negara Greece keluar daripada Kesatuan Eropah akan memberikan risiko yang cukup besar kepada negara Eropah lainyang akan terdesak untuk turut keluar sama.
Jika negara Greece keluar daripada Kesatuan Eropah akan memberikan risiko yang cukup besar kepada negara Eropah lainyang akan terdesak untuk turut keluar sama.
“Tiada Keyakinan = Malapetaka”
Ditambah pula isu sekarang ini Itali,
sebuah negara yang memilki hutang bertrilion dollar dan Sepanyol yang
merupakan pemegang ekonomi terbesar selepas Jerman dan Perancis di mana
Sepanyol yang kaar pengangurannya sudah mencapai ke paras 22% (kadar
pengangguran golongan muda melebihi 50%) dan juga malapetaka terhadap
ekonomi Sepanyol antara lainnya disebabkan dalam tempoh 10 tahun nilai
hartanah naik melambung tinggi.
• Sebagaimana diungkapkan kapitalis
seperti REDHA (Persatuan Pemaju Hartanah Dan Perumahan Malaysia)
mengatakan kenaikan nilai hartanah itu bagus dan bawa kemakmuran ekonomi
di sesebuah negara.
• Jika itulah penanda ukur yang
diimpakan kapitalis seperti REDHA ini, alamatnya nasib Malaysia untuk
menuju cepat seperti apa yang dialami oleh negara seperti Sepanyol
ketika ini bukan asing lagi
Sekarang ini Eurozone teruk sebab masalah Euro di mana semasa pengasasan matawang Euro tu sendiri.
Sekarang ini Eurozone teruk sebab masalah Euro di mana semasa pengasasan matawang Euro tu sendiri.
Bayangkan kami berikan contoh mudah
sebegini rupa di mana katakanlah kita juga berkongsi matawang dengan
negara Asean yang lain :
1. Katakan hari esok Malaysia,
Thailand, Brunei & Singapore setuju kongsi matawang, kita panggilnya
sebagai Aseandollar. Katakan RM1 = A$1. Singapore pulak, SGD1 = A$2.40.
2. Gaji sorang kerani di Malaysia RM800 contohnya. Jadi gaji baru A$800. Di Singapore pula, gaji SGD800, sekarang A$1,920.
3. Oleh sebab di bawah rejim matawang
yang sama, maka kuasa membeli kat Singapore lebih tinggi. Harga barang
pula hampir pasti meningkat sebab kos bahan mentah meningkat. Subsidi
yang dahulunya boleh digunakan untuk mengawal harga sekarang menjadi
susah hendak dilaksanakan.
4. Apa yang Dr. Mahathir lakukan
semasa tahun 1997 tidak dapat buat sudah di mana Dr Mahathir laksanakan
tambatan matawang. Tetapi jikalau Malaysia contohnya berkongsi matawang,
kita tidak boleh menambat matawang.
5. Bank Negara nak buat kawalan fiskal pun tak boleh menjadi sebab dah kuasa sudah kat Bank Pusat Asean
6. Ini semua antara dilema yang
dialami oleh negara seperti Greece ketika ini kerana sudah tiada banyak
pilihan dan alternatif untuk menyelematkan negara mereka daripada
“hancur”
Jadi, apa risikonya?
1. Di pentas ekonomi dunia, kedudukan Sepanyol dan Itali dari segi GDP
2. Hilangnya keyakinan atas matawang Euro = Implikasi yang belum boleh digapai
Persoalannya sekarang ini, adakah Malaysia akan menerima tempias jika Greece keluar daripada Kesatuan Eropah?
• Jawapannya setakat ini bagi kami sebab kalau Greece keluar dari Euro, Euro akan hancur.
• Greece akan selamat untuk sementara.
Tetapi……implikasinya jika Euro jatuh, ‘kekuatan’ ekonomi Eropah akan
tumbang, dan Eropah secara kolektif adalah zon ekonomi kedua terbesar di
dunia, selepas Amerika Syarikat
• Akibat tumbangnya ekonomi Eropah,
perdagangan sedunia akan menerima kesan dengan pesanan barangan pengguna
dijangka merosot dengan teruk. Zon ekonomi ketiga terbesar sedunia,
Latin Amerika, dan zon-zon lain seperti Russia, Asia Tengah dan Asia
Timur masih belum berupaya menggantikan Eropah, sebab pembahagian
kekayaan di zon-zon ini teramat tidak seimbang, dari 5 – 20% penduduk di
situ menguasai 70 – 90% kekayaan.
• Keadaan ini diburukkan dengan
matawang Euro merupakan matawang kedua terbesar di seluruh dunia, dan
digunakan di hampir seluruh Eropah.
• Sekiranya Greece bertindak keluar
dari Euro, negara-negara seperti Ireland, Sepanyol, Portugal dan Itali
mungkin teruja membuat tindakan yang sama. Sekiranya langkah ini
diambil, nilai matawang Euro hari ini akan menyusut secara mendadak
sebab akan menjadi tidak bernilai.
• Pendukung utama Euro seperti
Perancis, Jerman dan Belgium akan menghadapi masalah memegang matawang
yang dinilaikan begitu tinggi, tetapi semakin hari semakin menjadi
seperti matawang pokok pisang masa Jepun dahulu, dan kalau diikutkan
dalam bahasa ekonomi, duit fiat.
• Duit fiat membawa makna sesuatu
matawang yang diberi nilai oleh kerajaan, tetapi jika nilai ini ditarik
balik oleh kerajaan hanyalah berupa sekeping kertas tidak berharga.
Walaubagaimanapun, bagi kami apa yang
patut dibuat bukannya menghalang Greece keluar dari Euro, tetapi
menghalang spekulator sedunia daripada terus menerus bermain matawang
dan komoditi utama sedunia. Tetapi, tahukah anda bahawa semasa krisis
1997, kita telah menuduh spekulator matawang sebagai parasit sedunia?
Dan pada hari ini, ramai rakyat Malaysia turut bermain jual beli
matawang asing tanpa teringatkan beban kepada negara semasa 1997?
Di Eurozone, pembahagian kekayaan agak
seimbang, disebabkan kerajaan mereka yang kebanyakannya mengamalkan
sistem kebajikan sosial. Oleh itu, sekiranya Eurozone menghadapi masalah
matawang maka kesannya hampir semua merasa kejatuhan dalam keupayaan
membeli mereka. Manakala di zon ekonomi lain, pembahagiannya lebih tidak
setara. Dari serendah 20% rakyat mengawal hampir 80% sehingga
seteruk-teruknya 5% rakyat menguasai 95% kekayaan.
Bagi sebuah zon ekonomi menggantikan
Eurozone secara efektif, setiap produk yang sepatutnya dibeli oleh
Eurozone perlu dibeli oleh penduduk dalam zon ekonomi lain.
• Bayangkan kilang A menghasilkan 100 buah TV untuk dijual kepada Eurozone.
• Sekarang Eurozone tak boleh beli.
Jadi 100 buah TV ni kena jual kat, katakan Zon BRIC (Brazil, Rusia,
India dan China). Pembahagian kekayaan di situ sudah mencapai tahap
ekstrim, iaitu 5% kuasai 95% kekayaan.
• Katakan kilang A jual kat Brazil.
Sekiranya bilangan penduduk Eurozone sama dengan Brazil, maka saiz
pasaran kini merosot daripada hampir 100 orang kepada 5 orang sahaja. 5
orang yang kuasai 95% kekayaan ini takkan bertindak membeli 100 buah TV
semata-mata kerana mereka mempunyai wang.
• Senario yang sama, tetapi sekarang kilang A yang sama kena buat 100 buah TV untuk Eurozone dan 100 lagi untuk BRIC.
• Keadaan menjadi semakin serius
kerana daripada tidak dapat menjual 100 buah TV, sekarang kilang A tidak
boleh menjual 195 buah TV.
• Apabila kilang A menghadapi keadaan
ini, maka dia akan kurangkan pembelian bahan mentah dan mungkin sehingga
tahap memecat pekerjanya.
• Masalah yang Malaysia bakal hadapi bukan kilang A, tetapi pembekal kepada kilang A dan pekerja kilang A.
Nampak kesan rantaiannya di situ? Dan, jika sebuah negara seperti ……
1. Greece dengan sikap “pemalasnya”
2. Itali dengan rasuah dan kronismenya
3. Sepanyol terkenal dengan nilai hartanah yang melambung tinggi sehingga pada kadar yang membabankan dan tidak munasabah
2. Itali dengan rasuah dan kronismenya
3. Sepanyol terkenal dengan nilai hartanah yang melambung tinggi sehingga pada kadar yang membabankan dan tidak munasabah
Oleh itu, sesebuah negara yang
mempunyai ketiga-tiga ciri seperti di atas jika masih tidak mahu
mengambil sikap untuk berubah daripada sekarang secara total, alamatnya
beban dan riskonya akan dipulangkan kepada rakyatnya untuk
menganggungnya.
APA JALAN PENYELESAIANYA? PENYELESAINYA IALAH ISLAM AD DIN DAN MUAMALAH DINAR EMAS!!
Sumber :www.dinarkel.net.
No comments:
Post a Comment