******** ASSALAMUALAIKUM & BISMILLAHI AR-RAHMAN AR-RAHIM ********
************** KEMPEN BELI & SIMPAN 1 DINAR EMAS 1 BULAN
*************
PERHATIAN : Pelanggan baru, kalau nak baca blog ini, baca mulai daripada bawah ke atas ataupun terus ke ruangan TOP 10 ENTRY (sebelah bawah sikit) di sebelah kanan blog ini. Bagi pelanggan lama, bacaan anda adalah dari atas ke bawah dan sekarang anda boleh teruskan bacaan artikel terkini sepertimana di bawah.

MOHON SAHABAT-SAHABAT SAYA YANG DIRAHMATI ALLAH TAALA MENGUNJUNGI PAGE INI UTK MAKLUMAN TERKINI "http://www.facebook.com/SaudagarGoldNaim" INSYAALLAH SAHABAT-SAHABAT SAYA AKAN DPT PELBAGAI ILMU DAN PERKEMBANGAN TERKINI MENGENAI EMAS DAN PERAK. EKSKLUSIF, INSYAALLAH, BAROKALLAH, TABAROKALLAH...

Saudagar Gold Naim 017-3493060

>> TEKAN LINK 'OLDER POST' (BAWAH SEKALI) UNTUK BACA ARTIKEL LAMA. >>UNTUK PAPARAN YANG LEBIH BAIK SILA GUNAKAN MONZILLA FIREFOX. -----------------------------------------------------------------------------------------

Saturday, 26 November 2011

Tip Menguji Ketulenan Perak.

Macam mana nak menguji ketulenan Perak.
Senang aje... Satu aje Kita kena "INGAT" >>>>

Standard Spesifik Graviti (S.G)
Emas (Gold 24K) <-> 19.3
Perak (999) <-> 10.53

S.G Mesti ingat yea.

Jom Kita mulakan, macam mana nak uji.
1) Ambil Berat Perak. contoh 3 gram
(Berat Di Udara)

2) Bahagikan dulu 3g / S.G
contohnya : 3g / 10.53 = 0.2849 (Referer Anda)

3) Ambil Berat Perak..
(Berat Perak Berada dalam Air)
3g - (Berat Dalam Air) = 0.28~0.3 (0.18 - 0.3)
Samalah Juga Pengiraannya terhadap Emas
Cuma Tukar S.G Sahaja.

Thursday, 17 November 2011

Monday, 14 November 2011

Krisis hutang Eropah merebak ke Perancis



PRESIDEN NICOLAS SARKOZY berucap merasmikan Muzium Perang Dunia Pertama di Paris Jumaat lalu.



PARIS - Presiden Nicolas Sarkozy belum bersedia untuk mengakuinya tetapi para pemimpin Perancis mula bimbang negara berkenaan ditimpa krisis hutang Eropah yang merebak dari Greece dan Itali.
Kebimbangan tersebut menyusul selepas firma penarafan antarabangsa Standard & Poor menurunkan nilai kredit Perancis pada Khamis lalu sebelum menarik semula penarafan tersebut.
Namun, insiden tersebut di samping beberapa petanda lain sudah cukup untuk mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pemimpin Perancis bahawa negara kuasa besar itu kini diambang kemelesetan ekonomi.
Pada minggu lalu, para pelabur mula meminggirkan Perancis dengan melabur di negara-negara yang memiliki suasana ekonomi yang lebih kukuh.
"Selepas Greece dan Itali, kini Perancis?" lapor akhbar tempatan, Le Monde pada Jumaat lalu.
Menurut akhbar berkenaan, Perancis kini memiliki hutang mencecah 1.7 trilion euro (RM7.3 trilion) dengan Itali pula menanggung hutang berjumlah 1.9 trilion euro (RM8.2 trilion).
Hutang kedua-dua negara itu, kata Le Monde, adalah jauh lebih tinggi daripada pelan penyelamatan ekonomi yang mampu ditawarkan oleh Kesatuan Eropah (EU).
Pada minggu lalu, Sarkozy berjanji untuk melaksanakan langkah-langkah penjimatan buat kali kedua tetapi ia gagal meyakinkan ibu pejabat EU di Brussels.
Para pelabur juga sangsi dengan inisiatif Sarkozy manakala beberapa pakar ekonomi menyatakan, negara berkenaan sudah dilanda krisis hutang. - AFP

SUMBER : KOSMO

Elak tertipu beli emas

SEPANJANG tahun ini kita dihangatkan dengan kenaikan harga emas di pasaran global sehingga mencecah lebih daripada RM200 segram bagi emas tulen 24k.

Maka, bagi mereka yang sejak sekian lama ada menyimpan emas, pasti hari ini akan tersenyum lebar disebabkan kenaikan mendadak harga emas membolehkan mereka mengaut keuntungan berlipat kali ganda.

Bagi yang tidak pernah menyimpan emas, pasti akan terfikir sekarang untuk mula menyimpan emas kerana dapat melihat kecenderungan kenaikan harga emas di pasaran yang memungkinkan mendapat keuntungan dengan kenaikan harga emas.

Di sebalik keghairahan kita untuk membeli emas, pasti akan ada pihak yang akan mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan yang lebih di sebalik kesusahan orang lain.

Inilah yang sedang berlaku di Malaysia. Saya menulis ini sekadar nasihat sebelum anda semua terkena.

Hari ini, kita tahu terdapat bank di negara kita yang menyediakan perkhidmatan pajak gadai berlandaskan syariah seperti Ar-Rahnu.

Tujuan sebenar perkhidmatan ini adalah untuk memberi pinjaman kewangan kepada mereka yang memerlukan terutama peniaga kecil yang memerlukan modal pusingan untuk meneruskan perniagaan mereka melalui pajakan barangan emas mereka di Ar-Rahnu.

Tetapi ada segelintir mereka yang lebih bijak dari pihak bank dengan menawarkan skim pembelian emas di pasaran dan dipajakkan di Ar-Rahnu untuk mendapatkan keuntungan.

Mereka sebagai ejen jualan emas akan mencari pelanggan yang mahu membeli emas untuk pelaburan dan ini adalah tidak salah.

Tapi yang salahnya apabila ada daripada mereka meminta pembeli membuat pinjaman bank atau koperasi untuk membeli emas dengan mereka dan dipajakkan di Ar-Rahnu dengan sistem 30:70.

Pembeli hanya keluar wang mereka 30 peratus saja, manakala 70 peratus adalah daripada pinjaman Ar-Rahnu apabila emas dipajakkan.

Sebagai contoh, pembeli diminta membuat pinjaman RM30,000 untuk membeli emas.

Sebenarnya tanpa kita sedari, kita sudah membeli emas pada nilai RM100,000, di mana RM70,000 yang dikeluarkan oleh pihak Ar-Rahnu akan diambil oleh pihak penjual emas.

Ini bermakna, jumlah emas yang dipajakkan di Ar-Rahnu bernilai RM100,000.

Penjual emas akan memomokkan anda sebagai pembeli boleh mendapat keuntungan dengan membuat tukaran surat pajakan apabila harga emas naik.

Tetapi apa yang berlaku kini harga emas sedang turun sejak sebelum puasa lagi.

Maka, pembeli tidak akan dapat keuntungan sebab harga emas tidak naik dan masih perlu membayar ansuran bulanan pinjaman pembelian emas tadi untuk tempoh 20 tahun.

Lebih memburukkan keadaan apabila pihak Ar-Rahnu hanya membenarkan emas dipajak untuk tempoh masa enam hingga lapan bulan saja dan pihak pembeli perlulah menebus semula emas mereka sebelum boleh memajakkan semula ke bank.

Di sinilah masalah akan timbul apabila pembeli terpaksa menyediakan 70 peratus bahagian yang bank keluarkan ketika pajakan dibuat untuk menebus semula emas berkenaan sedangkan wang itu sudah diambil oleh ejen emas sewaktu memajakkan emas berkenaan.

Akhirnya, apabila pembeli tidak mampu menyediakan wang berkenaan, maka pihak bank akan melelong emas kita itu tadi dan pembeli yang menanggung kerugian.

Sudahlah hutang bank selama 20 tahun perlu dibayar, emas kita pula digadai oleh pihak bank.

Apa yang saya hendak tekankan di sini ialah tidak salah untuk kita melabur dalam emas.

Tetapi bukanlah dengan cara meminjam duit dari bank dan beli emas kemudian digadaikan.

Akhirnya, diri kita sendiri yang tergadai untuk membayar hutang dalam tempoh 20 tahun.

Pelaburan emas hanya menguntungkan jika kita membeli emas 100 peratus menggunakan duit sendiri.

Saya kasihan melihat orang Melayu ditipu oleh orang Melayu sendiri.

Daripada mengimpikan kekayaan, akhirnya berakhir dengan kemiskinan akibat hutang yang ditanggung.

Untuk kaya, kita perlulah berusaha untuk menambah pendapatan.

Masalahnya orang Melayu kita lebih suka duduk goyang kaki mengharapkan imbuhan setiap bulan.

Diharap, pihak bank dan kerajaan mengambil tindakan sewajarnya bagi membendung aktiviti pelaburan emas seperti ini sebelum lebih ramai bangsa kita muflis dalam angan-angan mereka sendiri.


Credit: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Elaktertipubeliemas/Article/index_html#.TsCwNNzq2o8.facebook

Sunday, 13 November 2011

Jatuhnya kepacayaan terhadap duit fiat





PERDANA MENTERI Itali, Silvio Berlusconi merupakan seorang lelaki yang hebat. Dia berjaya menepis beberapa skandal seks dan perbicaraan rasuah melibatkan dirinya.
Malah, jutawan media berusia 75 tahun itu boleh berbangga kerana mampu memerintah Itali selama 17 tahun.
Namun, pemilik kelab bola sepak AC Milan itu akhirnya terpaksa akur dengan tekanan ekonomi yang memaksanya berundur.
Sebenarnya, Itali merupakan antara gergasi ekonomi dunia. Siapa yang tidak mengenali jenama kereta mewah Ferrari, Maserati, Lamborghini dan Pagani.
Ia juga merupakan pengeluar motosikal berkuasa tinggi Aprilia, Ducati dan Piaggio. Deruman enjin kenderaan mewah itu sahaja sudah membuatkan ramai orang terpukau, belum lagi memilikinya.
Tetapi kini Itali sedang sakit. Hutang hutang luar negara itu mencecah AS$2.6 trilion (RM8.1 trillion).
Ini membuatkan Kesatuan Eropah (EU) menuntut reformasi ekonomi bagi menghalang Itali daripada terjerumus lebih jauh ke dalam kancah hutang Eropah.
Berlusconi sendiri mengesahkan dia tidak akan bertanding dan akan meletakkan jawatan setelah kehilangan majoriti di Parlimen ekoran anggota partinya belot.
Greece


KEHILANGAN pekerjaan telah menimbulkan kemarahan rakyat Greece.


Itali adalah negara Eropah terbaharu yang terpaksa menanggung beban hutang selepas Greece, Ireland dan Portugal menghadapi masalah yang sama tahun ini.
Menurut Pesuruhjaya Tinggi Republik Cyprus ke Malaysia, Nafsika Krousti, situasi di Eropah kini sememangnya sukar dengan sesetengah negara berhadapan krisis hutang yang teruk.
“Greece mempunyai hutang sebanyak 160 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar berbanding 60 peratus bagi Cyprus. Greece juga mempunyai defisit 11 peratus, kadar pengangguran 15 peratus dan pertubuhan ekonomi yang negatif,” katanya mengenai negara jirannya itu.
Keadaan itu memaksa Perdana Menteri Greece, George Papandreou meletak jawatan berikutan kemelut ekonomi negaranya yang tiada kesudahan.
Sebelum ini, pemerintah Greece telah menjual beberapa buah pulau di negara itu untuk membayar balik hutang negara. Turut dijual ialah tanah milik negara di Pulau Mykonos, destinasi pelancongan paling popular di Greece.
Hakikatnya, negara-negara kaya merupakan penghutang terbesar di dunia.
Sehingga penghujung tahun 2010, Amerika Syarikat (AS) menduduki tangga pertama negara paling banyak hutang iaitu AS$13.9 trilion diikuti Kesatuan Eropah (AS$13.7 trilion), Britain (AS$8.9 trilion), Jerman (AS$4.7 trilion), Perancis (AS$4.6 trilion dan Jepun (AS$2.4 trilion).
Beban hutang kerajaan yang kini perlu ditanggung oleh pekerja di negara kaya meningkat dua kali ganda di antara tahun 2007 dan 2015.
Perkara tersebut menyebabkan berlaku pengecutan terhadap kesejahteraan rakyat khususnya sistem kesihatan mereka.
Masalah hutang sudah lama dideritai oleh negara-negara mundur seperti Sub-Sahara Afrika yang melibatkan 42 buah negara.
Menurut Noreena Hertz, penulis buku The Debt Threat: How Debt is Destroying the World, setiap hari rakyat di benua yang terkenal dengan kemiskinan itu membayar AS$30 juta hutang sedangkan pada masa yang sama 26 juta rakyatnya dijangkiti HIV dan Aids.





Pasca Perang Dunia Kedua, kerajaan di negara-negara maju, bank-bank swasta serta badan kewangan antarabangsa seperti Bank Dunia dan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) memberikan pinjaman hutang kepada Negara-Negara Dunia Ketiga untuk membiayai projek infrastruktur mega seperti lebuh raya dan pelabuhan.
Malangnya, kegagalan untuk membayar balik pinjaman telah menjerat negara-negara peminjam. Krisis yang sama kini dihadapi oleh negara maju khususnya di Eropah.
Pakar ekonomi, Profesor Eswar Prasad dari Universiti Cornell, AS berkata negara kaya yang banyak hutang hakikatnya memberi sumbangan yang kecil dalam membantu pertumbuhan ekonomi global.
Menurut beliau, negara kaya seperti Jepun akan menyaksikan hutang kerajaan bagi setiap penduduk meningkat daripada AS$31,700 pada tahun 2007 kepada AS$68,500 pada tahun 2015.
Jepun
Dengan beban hutang yang bertambah secara automatik ia mempengaruhi pertumbuhan dan kestabilan sesebuah negara. Ia turut menjadi ancaman kepada ekonomi global, ujar Prasad.
Pengarah Urusan IMF, Christine Lagarde berpendapat jika krisis ekonomi Eropah bertambah buruk, negara Asia akan menerima tempiasnya.
Hakikatnya kini, kuasa ekonomi Asia, Jepun mengalami kadar hutang negara lebih 200 peratus daripada KDNK. Semua ini didorong oleh pertumbuhan ekonomi yang perlahan sejak beberapa tahun yang lalu.
Pensyarah Kanan Pengurusan Strategik, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Haim Hilman Abdullah, berkata kemerosotan ekonomi dan pertambahan hutang di negara Eropah adalah disebabkan oleh kegagalan menguruskan polisi dan sistem kewangan dengan baik.
Kerajaan Greece, kata beliau, tidak berjaya melaksanakan penggubalan dasar ekonomi yang baik untuk rakyatnya.
“Kejatuhan ekonomi sesebuah negara akan turut mengheret masalah politik dan sosial.



WALAUPUN tinggal di negara kaya, penduduk Eropah kini lebih berhati-hati dalam perbelanjaan mereka.


“Tidak hairanlah jika negara yang muflis dan dibelenggu hutang ini menjadi huru-hara kerana rakyat tidak menerima manfaatnya.
Beliau bagaimanapun tidak begitu bimbang dengan masalah ekonomi yang dihadapi Greece kerana Malaysia tidak terikat dari segi perdagangan dengan negara Eropah itu.
“Tetapi kita perlu bersedia kerana ia juga mampu memberi kesan kepada negara Eropah lain.
“Apabila negara yang mempunyai hubungan dagang dengan kita seperti Jerman, Britain dan Perancis terkesan, kita juga akan menerima tempiasnya,” katanya.


Wake Up Call : Kegawatan ekonomi dunia akan berlaku dalam masa 12 bulan atau kurang...

1)siapa ada hutang dengan bank dinasihatkan untuk clearkan cepat2..(cashkan hutang atau jual aset yg masih hutang tu)..sebab bila ekonomi gawat Interest rate akan naik = jumlah bayaran bulanan / jumlah hutang akan naik.

2)minimakan hubungan dengan bank atau institusi yang pegang duit kita (minimakan simpanan wang di bank atau di kwsp, insuran,amanah saham dsb)...bila ekonomi gawat, bank dah tak boleh offer loan, kalau boleh pun interst tinggi...x boleh lagi pakai credit card dan mungkin x boleh keluarkan simpanan di bank or kwsp (sebab diorg pun dah xde duit)...

3) simpan / tukarkan duit kita kepada emas atau perak... Sebab nilai emas & perak tak susut...even harga property pun akan turun (sebab bila ekonomi gawat, ramai yg akan x mampu bayar loan, menyebabkan banyak property akan dilelong oleh bank tambahan pula, bank xdapat sediakan loan, ramai pula akan hilang pekerjaan...membuatkan harga property jatuh)...



Saturday, 12 November 2011

15-17 November 2011! Buy!Buy!Buy!


Pada rakan2 yg bertanya saya bila masa sesuai utk lock harga...saya bagitau "BELI LAH SKRG" coz petanda2 yg sedia ada...nampak emas akan mula mengejar kembali titik yg plng tinggi pernah dicapai sebelum ini iaitu area USD1900.dimasa ia masih berlegar2 di USD1700-USD1800 ini....baik lah tambat terus sebelum ia mnghambur ke puncak USD1900 tu.saya specific kan lagi...jangkaan antara 15-17, November ni dia akan buat terjunan tp tak bnyk cukup2 org kata klu mandi buat basah2 kepala aje...selepas tu takde lagi dah titik lebih rendah dari ni...OTW USD1900-USD2000.

Kembali ke Masa Silam 0004

Bandingkan harga dan rajin2 la tengak harga di tepi blog ini untuk harga yang menarik untuk anda, jangan terlalu menunggu takut nanti terlepas harga yang diidamkan.

Panggilan Haji

Panggilan haji
Telah tiba lagi
Menunaikan ibadah
Panggilan Baitullah

Tanah Suci Makkah
Ya Makkatul Mukarramah
Tanah Suci Makkah
Ya Makkatul Mukarramah

Malam subuh dan senja
Pergi ke Kaabatullah
Malam subuh dan senja
Pergi ke Kaabatullah

Sembahyang berjamaah
Tawaf saei dan umrah

Terdengar suara ( panggilan bergema )
" LabbaikAllah hummalabbaik
Labbaika la syarikala kalabbaik
Innal hamda wan niqmata lak
laka walmulka la syarika lak "

Tiba masanya kini
Wuquflah di Arafah
Terdengar sayup sampai
Tahmid tazkir dan tasbih

Putih bersih berseri
Abdi pada Ilahi
Terbayanglah di sini
Tempat berhimpun nanti
(tempat.. berhimpun... nanti)

Dari padang Arafah
Lalu ke Muzdalifah
Bermalam di Mina
Melontar tiga jumrah

Syarat rukun haji sempurnalah sudah
Mogalah ibadah haji mabrurah
(haji.. mabrurah...)

Masjidil Nabawi terletak Makam Rasul
Taman Raudhah tempat himpun doa
Padamu pinta Wahai Junjungan
Selawat dan salam mohon syafa'at




Tahun 2002 - 1 Dinar = RM 140.00, perlu 72 Dinar
Tahun 2003 - 1 Dinar = RM 168.00, perlu 60 Dinar
Tahun 2004 - 1 Dinar = RM 202.00, perlu 50 Dinar
Tahun 2005 - 1 Dinar = RM 242.00, perlu 42 Dinar
Tahun 2006 - 1 Dinar = RM 290.00, perlu 34 Dinar
Tahun 2007 - 1 Dinar = RM 348.00, perlu 29 Dinar
Tahun 2008 - 1 Dinar = RM 418.00, perlu 23 Dinar
Tahun 2009 - 1 Dinar = RM 502.00, perlu 20 Dinar
Tahun 2010 - 1 Dinar = RM 645.00, perlu 16 Dinar
Tahun 2011 - 1 Dinar = RM 790.00, perlu 13 Dinar
Tahun 2012 - 1 Dinar = RM ???.00, perlu ?? Dinar

 TAHUN 2009, 1 DINAR PG HARGANYA RM502, KOS HAJI RM9980.00
>> PERLU BELI DAN SIMPAN 20 DINAR EMAS 916 (DAPAT PERGI SORANG)
>> GUNA DUIT FIAT, DAPAT PERGI SORANG SAHAJA

TAHUN 2010, 1 DINAR PG HARGANYA RM645, KOS HAJI RM9980.00
>> PERLU BELI DAN SIMPAN 16 DINAR EMAS 916 (DAPAT PERGI SORANG DAN ADA HARAPAN UNTUK TAMBAH SORANG LAGI KALAU MULAKAN SIMPANAN 1 DINAR MULAI TAHUN 2009)
>> GUNA DUIT FIAT, DAPAT PERGI SORANG SAHAJA JUGAK

TAHUN 2011, 1 DINAR PG HARGANYA RM790, KOS HAJI RM9980.00
>> PERLU BELI DAN SIMPAN 13 DINAR EMAS 916 (DAPAT PERGI SORANG DAN HAMPIR BERJAYA UNTUK PERGI BERDUA JIKA MULAKAN SIMPANAN 1 DINAR MULAI TAHUN 2009)
>> GUNA DUIT FIAT, MASIH KENA PERGI SORANG-SORANG AJE KE MEKAH!

TAHUN 2012, 1 DINAR PG HARGANYA RM???, KOS HAJI RM????.??

TEPUK KEPALA, TANYA SAMA IMAN...OK!


MAKSUDNYA, KALAU DULU SIMPAN 1 DINAR BOLEH PERGI 1 ORANG, MAYBE SEKARANG DAH BOLEH PERGI 3 / 4 ORANG. . SIMPAN 1 DINAR EMAS 1 BULAN. INSYAALLAH BERJAYA! 

Koleksi Sembang Emas 0007

Tajuk Lebih Kepada Info Contoh skim pelaburan emas yang nyata menipu duit orang ramai.

Friday, 4 November 2011

Koleksi Sembang Emas 0006

Tajuk Lebih Kepada Info ketogori matlamat menyimpan emas

Thursday, 3 November 2011

Koleksi Sembang Emas 0005

Tajuk Lebih Kepada Info benarkah konsep "supply & demand" dan siapa disebaliknya?



Teori Elliot Wave ditemui oleh Ralph Nelson Elliot dr Marysville,Amerika.Ramai org mnduga pola pergerakan baik trading apa pun samada saham,forex,komoditi digerakkn mengikut konsep "supply & demand".So pola pergerakan dlm situasi huru-hara tk menentu.Tp menurut Ralph Nelson Elliot yg mnkaji selama 75thn,pola pergerakan trading2 ni sume bergerak dlm siklus yg berulang2.Mksdnya naik/turun itu bergerak ikut skrip yg ditetapkan hnya pnjg/pndk wave itu aje yg berbeza2 sdkt agr nmpk seninya.So..benarkah konsep "supply & demand" itu???





Join the Group, Gold Investor Club  :D
>>http://www.facebook.com/groups/127129780674177/

Koleksi Sembang Emas 0004

Tajuk Lebih Kepada Info Pajakkan Ar Rahnum.

Perang mata wang tercetus tahun depan?

Perang mata wang tercetus tahun depan? ....SIAP SEDIA !!!!
NEW YORK 2 Nov. - Perang mata wang dunia dijangka tercetus tahun depan berikutan lebih banyak negara menurunkan sendiri nilai mata wang mereka tanpa mengikut permintaan pasaran, kata satu kaji selidik di sini.

Jangkaan itu dibuat oleh 64 peratus para eksekutif tukaran mata wang asing yang menjalani kaji selidik di Persidangan Bloomberg FX di sini.

Keputusan kaji selidik yang melibatkan lebih 270 pegawai bank, pengurus portfolio, pedagang dan pegawai kewangan di firma-firma utama itu membincangkan aliran pasaran mata wang asing dan juga tinjauan masa hadapan ekonomi untuk beberapa tahun akan datang.

" Sidang Kemuncak FX11 Bloomberg cuba menangani isu-isu penting yang boleh membentuk pasaran mata wang dalam tempoh enam hingga 12 bulan akan datang.

''Ia akan membolehkan kami memahami bagaimana pasaran semasa boleh memberi maklum balas kepada keputusan dasar monetari semasa," kata Ketua Tukaran Asing dan Ekonomi,Bloomberg, Tod Van Name didalam satu kenyataan di sini.

Keputusan kaji selidik itu yang diumumkan hari ini menunjukkan negara-negara anggota Kesatuan Eropah (EU) akan menggugurkan Euro sebagai mata wang mereka.

Sebanyak 42 peratus peserta menjangkakan jumlah negara yang menggunakan Euro sebagai mata wang akan merosot dalam tempoh lima tahun akan datang. Ketika ini sebanyak 17 negara di bawah EU menggunakan Euro sebagai mata wang mereka.

Sebanyak 75 peratus peserta pula menjangkakan Yuan akan meningkat sehingga 10 peratus berbanding dolar Amerika tahun depan manakala 58 peratus responden pula percaya bahawa mata wang negara-negara berkembang maju akan mengatasi dolar pada 2012.
-http://www.utusan.com.my/

World official gold holding

Rank Country/Organization Gold
(tonnes)
Gold's share
of national
forex reserves (%)
World official gold holding (December 2010)
1 United States USA 8,133.5 74.7%
2 Germany Germany 3,401.0 71.7%
3 Italy Italy 2,451.8 71.4%
4 France France 2,435.4 66.1%
5 China China 1,054.1 01.7%
6 Switzerland Switzerland 1,040.1 16.4%
7 Qatar Qatar 950.3 07.1%
8 Russia Russia 775.2 06.7%
9 Japan Japan 765.2 03.0%
10 Netherlands Netherlands 615.5 59.4%
11 India India 614.8 08.1%
12 Republic of China Republic of China (Taiwan) 466.9 04.6%
13 Portugal Portugal 421.6 81.1%
14 Venezuela Venezuela 401.1 52.4%
15 Saudi Arabia Saudi Arabia 322.9 03.0%
16 Iran Islamic Republic of Iran 320[11] 00.0%
17 United Kingdom United Kingdom 310.3 16.8%
18 Lebanon Lebanon 300 27.6%
19 Spain Spain 281.6 38.6%
20 Austria Austria 280.0 56.2%
21 Belgium Belgium 227.5 36.8%
22 Pakistan Pakistan 184.4 19.2%
23 Philippines Philippines 175.9 14.0%
24 Algeria Algeria 173.6 04.5%
25 Libya Libya 143.8 05.6%
26 Singapore Singapore 127.4 02.5%
27 Sweden Sweden 125.7 11.1%
28 South Africa South Africa 124.9 12.2%
29 Turkey Turkey 116.1 06.0%
30 Greece Greece 111.7 78.7%
31 Romania Romania 103.7 09.1%
32 Poland Poland 102.9 04.5%
33 Mexico Mexico 100.1 03.8%
34 Thailand Thailand 99.5 02.5%
35 Australia Australia 79.9 08.1%
36 Kuwait Kuwait 79.0 13.5%
37 Egypt Egypt 75.6 08.7%
38 Indonesia Indonesia 73.1 03.6%
39 Kazakhstan Kazakhstan 67.3 10.0%
40 Denmark Denmark 66.5 03.3%
41 Argentina Argentina 54.7 4.5%
42 Finland Finland 49.1 20.6%
43 Bulgaria Bulgaria 39.9 09.9%
44 Malaysia Malaysia 36.4 01.5%
45 Peru Peru 34.7 03.6%
46 Belarus Belarus 32 24.5%
47 Brazil Brazil 33.6 00.5%
48 Slovakia Slovakia 31.8 65.4%
49 Bolivia Bolivia 28.3 13.4%
50 Ukraine Ukraine 27.2 03.5%
51 Ecuador Ecuador 26.3 31.0%
52 Syria Syria 25.8 00.0%
53 Morocco Morocco 22.0 04.2%
54 Nigeria Nigeria 21.4 00.0%
55 Sri Lanka Sri Lanka 17.5 11.9%
56 South Korea South Korea 14.4 00.2%
57 Cyprus Cyprus 13.9 50.8%
58 Bangladesh Bangladesh 13.5 05.2%
59 Serbia Serbia 13.1 4.2%
60 Netherlands Antilles Netherlands Antilles 13.1 36.3%
61 Jordan Jordan 12.8 04.3%
62 Czech Republic Czech Republic 12.7 01.2%
63 Cambodia Cambodia 12.4 14.4%
64 Laos Laos 8.8 36.5%
65 Latvia Latvia 7.7 04.0%
66 El Salvador El Salvador 7.3 10.6%
67 Guatemala Guatemala 6.9 05.3%
68 Colombia Colombia 6.9 01.1%
69 Republic of Macedonia Former Yugoslav Republic of Macedonia 6.8 12.7%
70 Tunisia Tunisia 6.8 00.0%
71 Republic of Ireland Ireland 6.0 11.8%
72 Lithuania Lithuania 5.8 03.8%
73 Bahrain Bahrain 4.7 00.0%
74 Mauritius Mauritius 3.9 06.8%
75 Canada Canada 3.4 00.2%
76 Tajikistan Tajikistan 3.3 00.0%
77 Slovenia Slovenia 3.2 13.4%
78 Aruba Aruba 3.1 17.7%
79 Hungary Hungary 3.1 00.3%
80 Kyrgyzstan Kyrgyzstan 2.6 06.5%
81 Luxembourg Luxembourg 2.2 11.7%
82 Hong Kong Hong Kong 2.1 00.0%
83 Suriname Suriname 2.0 11.4%
84 Iceland Iceland 2.0 01.6%
85 Papua New Guinea Papua New Guinea 2.0 02.9%
86 Trinidad and Tobago Trinidad and Tobago 1.9 00.8%
87 Albania Albania 1.6 02.8%
88 Yemen Yemen 1.6 01.1%
89 Cameroon Cameroon 0.9 01.2%
90 Mongolia Mongolia 0.9 02.4%
91 Honduras Honduras 0.7 00.0%
92 Paraguay Paraguay 0.7 00.7%
93 Dominican Republic Dominican Republic 0.6 01.0%
94 Gabon Gabon 0.4 00.8%
95 Malawi Malawi 0.4 06.2%
96 Central African Republic Central African Republic 0.3 08.4%
97 Chad Chad 0.3 02.4%
98 Republic of the Congo Republic of the Congo 0.3 00.4%
99 Uruguay Uruguay 0.3 00.1%
100 Fiji Fiji 0.2 00.0%
101 Estonia Estonia 0.2 00.3%
102 Chile Chile 0.2 00.0%
103 Malta Malta 0.2 01.6%
104 Costa Rica Costa Rica 0.1 00.1%
105 Haiti Haiti 0.0 00.1%
106 Burundi Burundi 0.0 00.5%
107 Oman Oman 0.0 00.0%
108 Comoros Comoros 0.0 00.0%
109 Kenya Kenya 0.0 00.0%