******** ASSALAMUALAIKUM & BISMILLAHI AR-RAHMAN AR-RAHIM ********
************** KEMPEN BELI & SIMPAN 1 DINAR EMAS 1 BULAN
*************
PERHATIAN : Pelanggan baru, kalau nak baca blog ini, baca mulai daripada bawah ke atas ataupun terus ke ruangan TOP 10 ENTRY (sebelah bawah sikit) di sebelah kanan blog ini. Bagi pelanggan lama, bacaan anda adalah dari atas ke bawah dan sekarang anda boleh teruskan bacaan artikel terkini sepertimana di bawah.

MOHON SAHABAT-SAHABAT SAYA YANG DIRAHMATI ALLAH TAALA MENGUNJUNGI PAGE INI UTK MAKLUMAN TERKINI "http://www.facebook.com/SaudagarGoldNaim" INSYAALLAH SAHABAT-SAHABAT SAYA AKAN DPT PELBAGAI ILMU DAN PERKEMBANGAN TERKINI MENGENAI EMAS DAN PERAK. EKSKLUSIF, INSYAALLAH, BAROKALLAH, TABAROKALLAH...

Saudagar Gold Naim 017-3493060

>> TEKAN LINK 'OLDER POST' (BAWAH SEKALI) UNTUK BACA ARTIKEL LAMA. >>UNTUK PAPARAN YANG LEBIH BAIK SILA GUNAKAN MONZILLA FIREFOX. -----------------------------------------------------------------------------------------

Sunday, 19 February 2012

Emas Simpanan yang Terbaik

Sukar kikis tabiat (simpanan yang baik)


Sorok Emas di rumah
TABIAT zaman berzaman orang Vietnam yang suka menyorokkan emas di rumah daripada menyimpan wang di bank dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh kerajaan negara itu. Semuanya gara-gara harga emas yang terus melambung tinggi.
Berdasarkan Majlis Emas Dunia tahun lalu, Vietnam membeli lebih banyak emas perkapita berbanding India dan China. Harga emas domestik di Vietnam pula meningkat 18 peratus jauh lebih tinggi daripada harga pasaran emas dunia yang menyaksikan kenaikan 11 peratus.
Sememangnya tabiat yang sudah diamalkan turun temurun itu sukar dikikis.
Walaupun harga satu auns (28.4 gram) jongkong emas di Hanoi lebih RM300 berbanding di tempat lain, tetapi penduduk negara komunis itu tetap membelinya, kata pesara berumur 60 tahun, Truong Van Hue.


“Saya masih suka melihat simpanan saya dalam bentuk emas. Ia lebih selamat bagi pesara macam saya. Saya boleh jual emas pada bila-bila masa, di mana-mana apabila memerlukan wang,” katanya.
Walaupun emas dianggap sebagai simpanan selamat, tetapi tindakan penduduk yang ‘menyerbu’ kedai emas membuka mata kerajaan Vietnam apabila mereka berhadapan dengan kadar inflasi sebanyak 18 peratus dan ketidakstabilan mata wang tempatan, dong.
Kerajaan cuba memperlahankan ‘demam emas’ dengan cuba mengawal perniagaan logam berharga itu selepas hampir 20 tahun mereka memberikan kebenaran rasmi kepada penduduk memiliki dan berniaga emas, walaupun perkara itu sudah diamalkan sejak berzaman lalu.
Antara langkah yang cuba dilakukan kerajaan tahun lalu ialah memasukkan dekri atau perintah yang meletakkan perniagaan jongkong emas Saigon Jewelry Company, pembuat dan pedagang emas terkemuka di Vietnam di bawah kawalan bank pusat.
Dekri itu juga mengehadkan perniagaan peniaga emas kecil-kecilan, mengurangkan lonjakan harga dan mencegah pelabur borong daripada merancakkan perniagaan logam berharga itu yang akan terus menjejaskan mata wang dong yang sememangnya sudah goyah.
Buat masa ini, kerajaan juga menimbangkan langkah kedua yang akan memaksa lebih 10,000 kedai emas keluar daripada perniagaan jongkong emas dan hanya memberi fokus kepada penjualan barang kemas saja.
“Mereka mahu kawal emas. Saya tidak boleh kata sama ada ia langkah yang baik atau tidak. Tetapi di sini (Vietnam), kami perlukan kestabilan ekonomi,” kata pengurus di Phu Quy Jewelry Company.
Atas sebab yang praktikal, kebanyakan penduduk Vietnam lebih suka melihat simpanan mereka dalam bentuk emas. Malah kadar faedah sebanyak 14 peratus yang ditawarkan oleh pihak bank kepada penduduk yang menyimpan dong tidak mampu menarik perhatian mereka apatah lagi ia jauh lebih rendah daripada kos sara hidup yang meningkat 18.6 peratus tahun lalu.
Kata pakar ekonomi, kejatuhan harga hartanah dan pasaran saham baru-baru ini menyemarakkan lagi pembelian emas dan bank pusat juga memberi isyarat bahawa nilai mata wang dong mungkin akan terus terjejas lewat tahun ini.
“Orang cuba mengawal kesan kemerosotan ini dengan membeli emas,” kata bekas pakar ekonomi kanan kerajaan, Le Dang Doanh.
Minat terhadap emas sebenarnya memang sudah lama tertanam dalam masyarakat Vietnam malah sejarah peperangan dan perbalahan yang tidak berkesudahan membuatkan logam ini lebih bernilai.
“Empayar boleh jatuh, mata wang boleh berubah tapi emas akan terus bertahan,” kata pakar sosiologi, Vu Duc Vuong.
Kerajaan Vietnam bukan saja mengehadkan perdagangan emas tetapi akan mengadakan kempen besar-besaran untuk menggalakkan penduduknya menyimpan emas di bank dan tidak lagi menyorokkannya di rumah.
Bagaimanapun butir terperinci mengenai rancangan itu belum diuar-uarkan lagi tetapi pihak bank berkata, kerajaan sedang menimbangkan cara untuk menarik minat penyimpan dengan membuat tawaran daripada segi faedah dan keselamatan.
Bulan lalu gabenor bank pusat berkata, kerajaan menganggarkan penduduk Vietnam mempunyai antara 300 hingga 500 tan emas yang disimpan di luar sistem perbankan.
Menyimpan emas milik peribadi ini di bank akan memberi kelebihan kepada pihak berkuasa kerana ia boleh dijadikan alat untuk menstabilkan ekonomi.
“Jika faedah yang diberikan itu lebih tinggi dan pihak bank dapat membuktikan kredibiliti mereka, saya rasa 80 peratus penduduk akan menyimpan emas mereka di bank,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Agribank Jewelry Company, Nguyen Thanh.
Langkah untuk mengekang perdagangan emas ini dimulakan selepas peningkatan dramatik taraf hidup penduduk Vietnam yang mencetuskan perubahan pada ‘sosialisme berasaskan pasaran’. Ini adalah sistem ekonomi Vietnam yang memberikan hak kepada penduduk memiliki perniagaan penghasilan komoditi, barangan dan perkhidmatan.
Pertumbuhan ekonomi selama dua dekad berjaya menaikkan status Vietnam kepada negara berpendapatan sederhana pada awal 2011, berdasarkan ukuran Bank Dunia.
Tetapi perkembangan ekonomi itu diancam oleh isu makro-ekonomi (isu ekonomi yang lebih besar) termasuk kadar inflasi yang sentiasa tinggi dan rasuah.
Penurunan kadar inflasi akan mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kerajaan dan sekali gus meredakan ‘demam emas’, kata Daonh. Dia menambah kerajaan perlu membentuk polisi yang seiring dengan kepercayaan rakyat bahawa memiliki emas itu langkah yang ‘lebih selamat’.
“Jika polisi ini bertentangan dengan kehendak rakyat, mereka akan beralih kepada perniagaan tidak formal yang lebih sukar untuk dikawal,” katanya lagi.
Dia menganggarkan sebanyak 20 hingga 60 tan emas diseludup masuk ke Vietnam setiap tahun.
Bagaimanapun penduduk di Jalan Ha Trung di Hanoi, pusat perniagaan emas yang paling sibuk, agak skeptikal dengan langkah kerajaan itu.
“Mereka akan membuat peraturan yang lebih ketat tetapi saya percaya ada jalan untuk perniagaan jongkong emas,” kata peniaga emas, Tran Hoang Long. – AFP

Sumber :Harian Metro,18/02/2012

Thursday, 16 February 2012

Beli Masa Harga Emas Tak Begitu ‘Seksi’

Beli Masa Harga Emas Tak Begitu ‘Seksi’

Lepas nak dekat setahun perhati turun naik harga emas, saya nampak antara masa yang agak baik untuk tambahkan lagi simpanan emas fizikal ialah masa harga ‘statik’. Naik tak, turun pun tak. Sebabnya, bila trend macam ni, harga emas akan melonjak pada bila-bila masa.

Saya pernah beli 3 keping gold bar 20 gram dengan harga RM3,150 daripada customer yang nak tolak balik. Masa tu, harga emas tak begitu ‘seksi’. Tak ramai yang berminat. Nak tolak harga diskaun 6 % pun tak ada orang nak beli. Masa tu, ramai orang jual terus pada Public Gold sebab tak dapat buyer. Tapi dua minggu lepas tu, harga emas terus melonjak ke RM3,400! Saya untung 8 % dalam masa dua minggu sahaja!

Cara Mengukur Potensi Kenaikan Harga

Saya nak kongsikan cara mudah nak tengok potensi kenaikan harga emas iaitu cuba cek berapa harga tertinggi ia pernah capai. Katakanlah harga gold bar Public Gold 20g pernah cecah RM4,000, tapi harga sekarang ialah RM3,700. Maksudnya, kalau beli pada harga RM3,700, anda akan untung RM300 (4,000 – 3,700)!

Sebabnya, perangai harga emas ialah bila ia cecah ke puncak tertinggi, ia akan turun sekejap sebelum mendaki balik ke puncak tertinggi yang baru.

Kalau harga semasa RM3,700, ia akan naik balik kepada RM4,000 nanti. Cuma waktunya yang kita perlu tunggu. Mungkin sebulan dua. Mungkin 3, 4 bulan dan mungkin juga 8 atau 9 bulan seperti tahun 2008!

Lagi jauh beza harga semasa dengan harga tertinggi yang ia pernah capai, maksudnya lagi tinggi potensinya akan naik balik.

Jangan Tunggu Harga Paling Rendah

Fenomena ni berlaku sebab bila harga emas memuncak, ramai penyimpan lama akan jual untuk dapat untung. So, harga emas akan turun sekejap sebelum naik ke puncak baru. Bila harga emas turun, orang akan beli balik dan harga emas makin naik, naik, dan naik. Maksudnya, turun dan naik tu fenomena biasa. Jangan risau. Memang mustahil harga naik tapi tak turun-turun. Yang naik, mesti akan turun cumanya, trend harga emas lebih banyak menaik daripada turun sejak tahun 2001 lagi.

Saya percaya, trend ni akan berterusan sehingga 10 tahun lagi berdasarkan sejarah emas 1960 – 1980 (20 tahun).

So, kalau nak tambahkan lagi simpanan emas, jangan tunggu harga emas paling rendah. Agak-agak dah rendah dari harga yang pernah capai sebelum ni, beli jer. Jangan tunggu-tunggu sebab tak siapa tahu “how low is low”.

Ramai kawan saya yang tunggu harga paling rendah baru nak beli tapi akhirnya terpaksa beli pada harga yang lebih tinggi! Itulah yang saya perhati.

4 Faktor Tak Rugi Simpan Emas

Walauapapun, saya berpegang kepada 4 perkara iaitu:

1) Harga emas akan naik dalam jangka panjang. Harga turun naik dalam jangka pendek tu adalah biasa. Tak lojik kalau harga naik tapi tak turun-turun.

2) Emas adalah duit sebenar. Daripada simpan kertas (duit ‘palsu’), lebih baik simpan emas (duit sebenar).

3)Harga barang naik, harga emas turut sama naik.
Orang simpan emas, akan selamat dari inflasi sebab emas mengekalkan kuasa belinya.

4)Harga emas tak akan jatuh lingkup macam saham. Belum pernah ada dalam sejarah orang bangkrap sebab simpan emas, tapi terlalu banyak sejarah orang bangkrap sebab simpan duit kertas. So, yang mana lebih ‘secure’ sebenarnya?

Wallahu a’lam.

Nota Penting: Bagi sahabat yang belum pernah beli emas, jangan tengok harga tinggi rendah. Beli jer dulu at least sekeping syiling 1 dinar. Kalian hanya akan faham harga emas tinggi atau rendah bila dah buat belian pertama sebab dengan cara tu, baru kalian ada benchmark tersendiri.


Kredit : http://facebook.com/fadhlinashell

Friday, 10 February 2012

Pencerahan mengenai kepincangan Sistem Kewangan Kapitalis

Assalamulaikum,

Dibawah video Pencerahan mengenai kepincangan Sistem Kewangan Kapitalis oleh Dean Arif di Dinihari Dinar.
Mudarat dan akibat daripada pelaksanaan Sistem Kewangan Konvensional.
Penyelesaian kepada sistem yang pincang ini iaitu Dinar Dirham Amal Madinah.

Kredit :-
1) Dean Arif - http://www.mybulliontrade.com
2) Dinihari Dinar - http://www.DinihariDinar.my




*selepas anda luangkan masa dalam masa sejam menonton,berfikir dan mengkaji video ini apa yang ada dapat???

Thursday, 9 February 2012

Apa yang perlu dibuat pada tahun 2012 sehingga seterusnya~

Nasihat pelaburan dari saudara Dean Arif dari group Dinihari dinar

For 2012 and beyond:

1. Avoid all paper investments, paper promises, paper “assets”, unit trusts, insurance, stocks, bonds, FDs and even currencies (those stoopid enough to… buy this Iraqi dinars deserve to be cheated!). In economic depression, a lot of promises will be broken and there’s nothing you can do about it!

2. To earn a living, even a job is no longer secure. So TRADE. Start an honest back-to-basics business. Get-rich-quick schemes doesn’t and will NEVER work (except for the parasites on top of the pyramid). There’s nothing like a good ‘ol trading business that adds value to people. I’d look into plantation and farming.

3. Once you have surplus income, save for rainy days, education and future expansion. The perfect and most efficient storer/preserver of value is precious metals (gold and silver). All others are trash, period.
If you think otherwise and still want to continue with all these scheme, scam and paper ponzi, go ahead.

Koleksi Sembang Emas 0009


Tajuk Lebih Kepada Situasi-situasi pelabur melaburkan duit mereka dalam pelaburan EMAS&PERAK !


Macam mana nak buat INVESTMENT dengan cara betul dan elakkan jadi orang yang "BULL STUPID DUMBAS INVESTMENT" ??? Sila baca dan Kes no berapa anda setuju? Sila komen dibawah. Anda suka Kes 1,2@3 ?

KES 1
Sy beli emas 1gm=rm150....beli 100gm=rm15000...hrga emas naik 1gm=rm190...sy jual emas 100gm rm19000...sy beli rm15000,jual rm19000...untung rm4000.nmpk!ini investment namanya.

KES2
Sama beli emas 1gm=rm150...beli 100gm-rm15000...tp emas disimpan oleh pengelola.utk dpt keuntungan dr pengelola...sy dikerah mcm kerbau mncari org.setiap org yg dpt sy bawa...pengelola bg sy rm400...2 org=rm800.ini bkn investment tp HYIP program.

KES 3
Sama harga pasaran emas 1gm=rm150...tp pengelola tk bg hrga ini.dia bg hrga 1gm=rm168...utk emas 100gm kena kluar modal rm16800...bulan2 selama 6bulan pengelola akan bg rm300...duit HIBAH (kata mrka).
cuba teliti semula 16800-15000=rm1800 betul.
rm300 x 6=rm1800
yg ni namanya "BULL STUPID DUMBAS INVESTMENT".org2 yg masa sekolah dulu time subjek math aje msti lolap dlm kelas.

TQ.... :P