******** ASSALAMUALAIKUM & BISMILLAHI AR-RAHMAN AR-RAHIM ********
************** KEMPEN BELI & SIMPAN 1 DINAR EMAS 1 BULAN
*************
PERHATIAN : Pelanggan baru, kalau nak baca blog ini, baca mulai daripada bawah ke atas ataupun terus ke ruangan TOP 10 ENTRY (sebelah bawah sikit) di sebelah kanan blog ini. Bagi pelanggan lama, bacaan anda adalah dari atas ke bawah dan sekarang anda boleh teruskan bacaan artikel terkini sepertimana di bawah.

MOHON SAHABAT-SAHABAT SAYA YANG DIRAHMATI ALLAH TAALA MENGUNJUNGI PAGE INI UTK MAKLUMAN TERKINI "http://www.facebook.com/SaudagarGoldNaim" INSYAALLAH SAHABAT-SAHABAT SAYA AKAN DPT PELBAGAI ILMU DAN PERKEMBANGAN TERKINI MENGENAI EMAS DAN PERAK. EKSKLUSIF, INSYAALLAH, BAROKALLAH, TABAROKALLAH...

Saudagar Gold Naim 017-3493060

>> TEKAN LINK 'OLDER POST' (BAWAH SEKALI) UNTUK BACA ARTIKEL LAMA. >>UNTUK PAPARAN YANG LEBIH BAIK SILA GUNAKAN MONZILLA FIREFOX. -----------------------------------------------------------------------------------------

Friday, 30 September 2011

Bahaya Riba

Riba dan Perniagaan

Kita perlu faham, bahawa perniagaan melibatkan risiko, ada untung dan rugi.
Riba sebaliknya, hanya ada keuntungan , tiada kerugian dari pihak nya. Riba adalah satu cara mengexploitasi titik peluh manusia.


Riba dan masyarakat

Riba yang terhasil ini menghancurkan sebuah institusi keluarga yang dahulunya cukup hanya seorang bekerja , isteri hanya focus dalam mendidik dan membesarkan anak-anak,tidak perlu memikirkan tentang kewangan keluarga.


Insuran & takaful

Adalah satu perjudian kerana kita sedang bertaruh dengan syarikat insuran/takaful tentang peristiwa akan datang (perkara ghaib)

Kalau kita terkena musibah,bererti pihak syarikat kalah, makamereka perlu membayar kekalahan mereka.

Kalau kita tidak terkena musibah , bererti pihak syarikat menang,dan kita harus membayar secara teratur.

Bukan kah ini satu bentuk perjudian?

Tukarlah apa sahaja istilah nya, iaitu sesuatu yang nyata apabila kita memahami maksud perjudian , tilik nasib.

Sungguh yahudi dan nasrani tidak penah lena untuk menjadikan umat islam jatuh ke dalam lubang mereka dan mengikut agama mereka.

Thursday, 29 September 2011

Hukum Lock Harga, Tangguh dan Wang Kertas

Soalan:
  1. Apa hukum lock harga?
  2. Apa hukum jual beli emas bertangguh (tidak dalam satu majlis aqad – hand by hand)?
  3. Apa hukum wang kertas? Sama hukumnya seperti emas?
Jawapan:

Dalam rukun jual-beli, terdapat 5 rukun asas iaitu:
  1. Penjual
  2. Pembeli
  3. Aqad jual-beli
  4. Barang yang dijual
  5. Harga barang yang dijual
Istilah lock harga sebenarnya termasuk dalam rukun yang ke-3 iaitu aqad jual-beli. Hukumnya SAH kerana ia adalah salah satu elemen untuk melengkapkan urusan jual-beli.
Semasa lock harga, kita telah menentukan barang apa yang hendak dibeli dan ditetapkan berapa harga barang tersebut, ditentukan siapa pembeli dan penjualnya.

Disebabkan faktor jarak dan faktor keselamatan transaksi yang melibatkan jumlah wang yang banyak, maka Majma’ Fiqh Dauli (Majlis Fiqah Antarabangsa) yang bermesyuarat di Makkah telah menetapkan masa untuk membayar harga barang belian mestilah tidak melebihi 3 hari bagi mengelakkan unsur riba’ berlaku. Ini menjawab soalan ke-2; hukum tak diberikan emas dan duit hand by hand.

Soalan ke-3, hukum penggunaan wang kertas adalah sama dengan emas yang menjadi barang ribawi sekiranya tidak digunakan dengan kadar dan cara jual beli yang menepati syara’, berdasarkan hadis dari Abdullah bin As-Shamit :


Emas adalah ditukar (dijual) dengan emas, perak untuk perak, gandum untuk gandum, barli untuk barli, kurma untuk kurma, garam untuk garam, sama jenis antara keduanya dan tunai dengan tunai. Dan sekiranya berbeza antara salah satu jenis barang tersebut, maka berjual belilah seperti mana yang kamu kehendaki selagi mana ianya secara tunai.”


Semoga membantu dalam memahami hukum jual-beli emas menurut syara’.
Wallahu a’lam.
[Ustaz Mohammad Nazmi bin Mohsin - Ketua Panel Shari'ah, Jutawan Dua Logam]

Credit : jutawandualogam

Beli Emas Secara Ansuran dan Ar-Rahnu

Belian emas secara ansuran adalah RIBA’, manakala belian emas secara Ar-Rahnu adalah HARUS dan RIBA’ (mengikut kaedah)

1. Kaedah pertama: Membeli emas dengan duit pajakkan emas sendiri
HARUS pada syarak jika emas yang dipajak asalnya adalah 100% milik pemajak dan duit hasil pajakan tersebut dibuat untuk membeli emas lagi. Ini hukumnya HARUS pada syarak.

Contoh:
Ahmad memajak emas miliknya seberat 100 gram yang berharga RM15,000 (harga semasa emas dunia) lalu mendapat wang tunai hasil pajakannya itu berjumlah RM11,200 (30% daripada RM16,000) daripada pihak Ar-Rahnu.
Ini kerana nilai marhun daripada pihak Ar-Rahnu sendiri ialah RM16,000 untuk emas seberat 100 gram. Wang pajakan berjumlah RM11,200 tersebut digunakan Ahmad untuk membeli emas lagi. Ini hukumnya HARUS pada syarak.

2. Kaedah kedua: Belian emas 70%-30% / 65%-35% melalui pihak ketiga
HARAM (RIBA’) jika emas yang dipajak adalah bukan 100% milik pemajak – iaitu harga emas ditentukan oleh penjual (pihak ketiga – dalam kes ini pihak Ar-Rahnu) mengikut nilai marhun dan pembeli hanya perlu membayar 30% atau 35% dari nilai marhun manakala selebihnya diambil dari pinjaman yang diberikan dari pajakkan emas tadi.
Hujahnya adalah didalam 1 urusniaga ada boleh ada 1 akad, tetapi di dalam kes ini dalam 1 urusniaga ada 2 akad.
Dalam kes ini juga pihak pembeli terpaksa “membeli” emas dari pihak ketiga (bukan pihak penjual) secara ansuran.

Contoh:
Ahmad (pihak penjual) menjual emas miliknya seberat 100 gram yang berharga RM15,000 melalui Ar-Rahnu kepada Ramli (pihak pembeli). Ar-Rahnu (pihak ketiga) menetapkan nilai marhun emas 100 gram milik Ahmad ialah RM16,000 lalu Ar-Rahnu memberi wang tunai kepada Ahmad berjumlah RM11,200 (70% daripada RM16,000).
Emas yang pada asalnya milik Ahmad tersebut dipajak atas nama Ramli sebagai pemilik. Kemudian Ramli membayar baki RM4,800 (30% daripada RM16,000) kepada Ahmad sebagai bayaran belian emas tadi.
Ahmad telah mendapat wang tunai berjumlah RM16,00 manakala Ramli yang membeli emas tersebut mendapat surat pajak dari Ar-Rahnu. Ramli terpaksa menjelaskan baki RM11,200 termasuk upah simpan jika Ramli ingin mendapatkan dan menyimpan emas 100 gram tersebut dengan sendiri.



Rujukan:
Bahagian Pengurusan Fatwa
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Aras 5, Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
W.P Putrajaya
No. Tel : 03-8886 4000

Wednesday, 28 September 2011

Paper Gold VS Physical GOLD

1) Definition
Paper GOLD : Unallocated  *Represent a claim on fixed quantity of gold.

Physical GOLD : Allocated  *gold deposited under a safe-keeping or custody arrangement.

2) Ownership

Paper GOLD : The account holder does not hold title to physical gold.

Physical GOLD : A specific and uniquely numbered phsical piece of gold.

3) Legal Ownership

Paper GOLD : The account holder does not have legal ownership of the physical gold but is an unsecured depositor.

Physical GOLD : The owner of allocated gold keeps legal ownership over the allocated gold even if it is deposited with a custodial facility provider.

4) Economic System

Paper GOLD : The account holder is a creditor to the account provider, and so in the economic system this asset has a counterpart liability.

Physical GOLD : It remains an asset wihout a counterpart liability.

5) Service Provider

Paper GOLD : Investment accounts such as 'P' Bank , 'M' Bank.

Physical GOLD : Public Gold, GSR, GCP, Sri Ayu etc.

Tuesday, 27 September 2011

Friday, 23 September 2011

Rujukan mengenai emas dan perak

Rujukan Setempat :-

Syukor Hashim : http://jutawanemas.com/v1/

Master Dealer Wazir : http://tokey-emas999.blogspot.com/

Analisis Harga Emas : http://www.juruteraaurum.blogspot.com/

GEND 916 : http://geng916.com/

Nor Fazillah : http://jutawangold.com/

Salina : http://www.goldemas2invest.com/

Dulang Emas : http://dulang-emas.blogspot.com/

Zakat Emas Dan Perak ( VIDEO )

Video info Zakat dari Ustaz Hamizul Abd Hamid



Kalau anda malas hendak baca post "Pengiraan Zakat Emas dan Perak" . Anda boleh lihat dan dengar sahaja video diatas. Selamat mendapatkan ilmu untuk dunia dan akhirat.

Pengiraan Zakat Emas dan Perak

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar pembaca semua? Saya doakan anda semua sihat, ceria dan gembira adanya.
Baiklah kali ini saya ingin berkongsi maklumat berkenaan zakat emas dan perak serta kaedah pengiraannya.
Untuk pengetahuan anda emas dan perak adalah termasuk di dalam kategori logam berharga yang diwajibkan zakat jika cukup haul dan nisab
- Haul merujuk kepada tempoh masa iaitu setahun.
- Nisab pula merujuk kepada nilai berat.
Kewajipan zakat ke atas logam ini dijelaskan dalam firman Allah S.W.T. bermaksud:
“Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat diri mu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu” (At- Taubah; ayat 34-35)

Zakat emas dikira dalam dua keadaan iaitu:
1. Zakat emas yang disimpan (tidak dipakai)
2. Zakat emas yang dipakai.


1. Zakat emas yang disimpan (tidak dipakai)

Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.
Contoh: Anda memiliki 100 gram jongkong emas bernilai RM160/gram (harga semasa) dan telah menyimpannya selama setahun.
Jumlah zakat = 2.5% x RM16,000
= RM400

2. Zakat emas yang dipakai (sebagai perhiasan)

Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ia melebihi ‘uruf’ (uruf merujuk kepada nilai kebiasaan pemakaian emas bagi wanita di sesebuah tempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan daripada nilai uruf. Nilai yang diambil kira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.
Contoh: Jika anda bermastautin di Wilayah Persekutuan maka kadar uruf adalah 150 gram emas. (jika anda bermastautin di negeri lain, sila rujuk kadar uruf bagi negeri anda di bawah)
Contoh: Berat emas yang dipakai ialah 250 gram
Berat Emas yang layak dizakatkan adalah:
= 250 gram – 150 gram (uruf)
= 100gram
Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)
(andaian harga emas semasa RM157.00 / gram)
= 2.5% x (100 gram x RM157.00)
= RM392.00

Nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia.

Berikut adalah nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia.
  1. Uruf emas bagi negeri Kedah adalah 150 gram.
  2. Uruf emas bagi negeri Perlis adalah 170 gram
  3. Uruf emas bagi negeri Pulau Pinang adalah 165 gram
  4. Uruf emas bagi negeri Melaka adalah RM5000
  5. Uruf emas bagi negeri Johor adalah 850 gram
  6. Uruf emas bagi negeri Sembilan adalah 200 gram
  7. Uruf emas bagi negeri Selangor adalah 800 gram
  8. Uruf emas bagi Wilayah Persekutuan adalah 150 gram
  9. Uruf emas bagi negeri Kelantan : tiada uruf
  10. Uruf emas bagi negeri Terengganu adalah 850 gram
  11. Uruf emas bagi negeri Pahang adalah 200 gram
  12. Uruf emas bagi negeri Perak adalah 500 gram
  13. Uruf emas bagi negeri Sabah adalah RM5000
  14. Uruf emas bagi negeri Sarawak adalah 775 gram
(Sumber: Laporan kajian penetapan uruf emas pakai negeri Pahang Darul Makmur tahun 2008) (klik)

 

Soalan-soalan lazim yang perlu diketahui mengenai zakat emas:

1. Soalan: Sekiranya saya telah menggadaikan sejumlah emas perhiasan ke dalam skim Ar-Rahn, perlukah saya membayar zakat untuk emas yang digadaikan itu?
Jawapan: Tidak wajib, kerana tidak sempurna milik
2. Soalan: Adakah emas yang disimpan di dalam bank (safe deposit box) perlu dizakatkan?
Jawapan: Ya, wajib dizakatkan dan dikira sebagai emas yang disimpan.
3. Soalan: Saya memiliki beberapa utas rantai emas tetapi saya gadaikan untuk membuat modal perniagaan. Adakah wajib membayar zakat bagi rantai emas yang digadaikan itu?
Jawapan: Tidak wajib dizakatkan kecuali setelah ditebus semula. Kiraan haul bermula pada hari ditebus.
4. Soalan: Ibu saya mempunyai emas yang sudah cukup syarat untuk dizakatkan. Tetapi beliau meninggal dunia sebelum sempat mengeluarkan zakat. Siapakah yang bertanggungjawab membayar zakat tersebut? Daripada sumber mana yang perlu digunakan untuk membayar zakat tersebut?
Jawapan: Waris perlulah melunaskan bayaran zakat tersebut dengan menggunakan duit si mati sebelum harta peninggalannya di faraid.
5. Soalan: Adakah saya wajib membayar zakat emas perhiasan yang telah disimpan dan diwarisi daripada nenek?
Jawapan: Ya, emas perhiasan yang disimpan dan diwarisi wajib dikeluarkan zakat sekiranya cukup syarat.
6. Soalan: Saya ada emas yang dipakai. Ia tidak cukup untuk dikeluarkan zakat. Tetapi jika dicampurkan dengan emas yang digadai, cukup untuk bayar zakat. Persoalannya, wajib kah saya membayar zakat?
Jawapan: Tidak wajib dikenakan zakat kerana tidak cukup nisab dan emas yang digadai tidak sempurna milik.
7. Saya mendengar sesetengah orang mengatakan bahawa, emas yang dipakai tidak wajib dizakatkan? Adakah ia benar?
Jawapan: Emas yang dipakai wajib dizakatkan. Namun begitu, ia dikira berdasarkan kepada uruf (cara dan corak pemakaian emas setempat). Uruf pemakaian emas di Selangor tidak sama dengan di Kelantan, kerana kaum wanita Kelantan memang terkenal suka memakai banyak barang kemas. Jika emas yang dipakai itu tidak mencapai kadar uruf, maka tidak wajib zakat ke atasnya. Di Selangor, kadar uruf emas ialah 800 gram.
Kita boleh mengira sendiri zakat emas. Ambil semua emas yang dipakai dan timbangkan, kemudian darabkan berat emas itu dengan harga emas semasa bagi mendapatkan jumlah RM keseluruhan emas itu kemudian dibandingkan dengan harga emas berdasarkan berat 800 gram tadi (uruf). Jika ia belebihan dari harga emas 800 gram, maka barulah diwajibkan zakat.

p/s: Banyak lagi persoalan zakat yang boleh didapati dengan melawat link diatas.

 

Pengiraan zakat perak.

Bagi zakat perak, ia perlu memenuhi syarat cukup haul dan nisab.
- Haul ialah tempoh masa setahun
- Nisab zakat perak sebanyak 200 dirham iaitu sama atau melebihi 595 gram (1 dirham = 2.975 gram)
Formula: [berat perak (gram)] x [harga perak semasa/gram] x 2.5%
Contoh: Anda menyimpan 1kg perak 999
Katakan harga semasa 1kg perak 999 adalah RM4500
Zakat perak yang wajib dibayar = 2.5% x RM4500
= RM112.50



Wednesday, 21 September 2011

AwaS! Emas Tipu! Danger...danger... danger....


Assalamualaikum. Diharap anda berada di dalam lingkungan kerahmatan Allah S.W.T.

Apa hal ni???Ada org jual Emas tipu ka???? hehe Sebenarnya rakan-rakan yang baru berjinak-jinak dan mendapat maklumat dengan Emas pasti akan bertanya "betul ker Emas yang ko jual ni", " Macammana kalau Emas ni tak tulen", “Kalau aku beli, nanti nak jual balik dekat siapa?”

Berbalik kepada Emas Tipu, Ianya bermaksud penipuan yang di lakukan oleh individu @ kumpulan dengan  menjual emas yang mempunyai ketulenan emas yang berbeza. Harga Emas 999 adalah lebih mahal daripada Emas 916. Ataupun logam yang telah "disolekkan" dan dijual dengan mendeclarekan sebagai Emas 999 ataupun 916 ( Emas Celup ). Biasanya dijual dengan harga di  bawah pasaran.

Kenapa apa anda mudah ditipu??? Sebabnya:

a. anda bukan  pakar mengenai Emas yang boleh menguji ketulenan Emas.  Alat menguji Emas pun tak pernah tengok! hahaha betul tak?

b. teruja nak beli Emas murah.... nafsu nak kaya cepat! :)  Yang ni ramai.... hehehe



Jadi, macammana nak mendapatkan Emas yang betul-betul tulen?
Senang saja beli  dengan Public Gold

Macamana tu?
Beli dengan saya.

Sebab Apa
Saya ialah Authorised Public Gold Dealer.

Kenapa?
Produk Public Gold ada sijil ketulenan yang  di sahkan oleh Certified Assayer

Lagi?
Anda boleh pajak di Ar Rahnu.

Kenapa Ar Rahnu ?
Sebab Emas tu memang Tulen! Beratnya adalah sama dengan berat yang dituliskan pada sijil ketulenan.

Bagaimana boleh menghubungi Tuan.
Call saya 017-34930600 (Abdul Rahman) ( 24 jam sehari ) untuk lock harga.
Jangan malu-malu ya....
Setiap pertanyaan, saya akan menjawabnya sebaik mungkin.

Tuesday, 20 September 2011

Susut Nilai Matawang & Kuasa Membeli

Video Pelaburan Emas dari Ustaz Zukifli Ahmad



Credit : http://sunnahemas.com/

Hakikat Nilai Emas Yang Kekal

Video Pelaburan Emas dari Ustaz Zukifli Ahmad



Credit : http://sunnahemas.com/

Wang VS Matawang

Video Pelaburan Emas dari Ustaz Zukifli Ahmad



Credit : http://sunnahemas.com/

Keuntungan Pelaburan Emas

Video Pelaburan Emas dari Ustaz Zukifli Ahmad



Credit : http://sunnahemas.com/

Monday, 19 September 2011

Donald Trump Accepting Gold for Real Estate Payment

Posted by Wealth Wire - Thursday, September 15th, 2011

You may not be able to eat it, but gold has been used as a store of value and medium of exchange for millenia. We’ve previously opined that it may not be long before it once again becomes the world’s defacto currency. Governments, investment firms and individuals alike have been accumulating gold assets amid currency debasement, rising inflation and economic uncertainty.

The latest example of gold’s acceptance into mainstream consciousness comes to us from none other than one-time Presidential hopeful, reality TV star and real estate mogul Donald Trump, who recently agreed to accept a security deposit for one of his properties in gold bars:

On Thursday, the newest tenant in Donald Trump’s 40 Wall Street, a 70-story skyscraper in Manhattan’s Financial District, will hand Mr. Trump a security deposit worth about $176,000. No money will change hands—just three 32-ounce bars of gold, each about the size of a television remote control.

The occasion will mark the first time the Trump Organization has accepted 99.9% pure gold bullion, rather than cash, as a deposit on a commercial lease. The tenant, precious-metals dealer Apmex, will sign a 10-year lease for 40 Wall’s 50th floor at a leasing rate of about $50 a square foot, according to Apmex Chief Executive Michael R. Haynes. The company is promoting the use of gold as a replacement for cash in some situations.

“Gold has been a valuable asset class for the last 10,000 years, but the world has drifted away from it,” Mr. Haynes says. “I figured, Trump is a smart guy, and he’ll realize that taking gold is a better idea than taking cash.”

Mr. Trump said he sees the deal as a repudiation of the Obama administration’s economic policies, of which he has been a vocal critic.

“It’s a sad day when a large property owner starts accepting gold instead of the dollar,” Mr. Trump said in an interview. “The economy is bad, and Obama’s not protecting the dollar at all….If I do this, other people are going to start doing it, and maybe we’ll see some changes.”

Mr. Trump said he has some gold in his personal portfolio, but declined to say how much.

Source: Wall Street Journal via All American Gold

As positive reports and acceptance of gold as a viable currency alternative continue to grow, we’ll no doubt see more people come to the conclusion that precious metals offer piece of mind in a period marked by crisis and confusion.

*Post Courtesy of Mac Slavo at SHTFPlan.com.

P/S : Lambat nya Donald Trump nak sedar, padahal Dr Mahathir dah lama suruh kita simpan emas/dinar... Kita bila lagi? Mula sikit2 lama-lama boleh jadi buki. Masih belum terlambat. Masa yang akan dikatakan terlambat bila anda sudah tidak mampu membeli emas kerana harganya terlalu tinggi dan apabila wang fiat tidak bernilai lagi....

DINAR EMAS 2
http://chedet.cc/blog/?p=463

PETUNJUK EKONOMI DAN KEKAYAAN NEGARA
http://chedet.cc/blog/?p=254


Sumber : http://www.wealthwire.com/news/metals/1860

Fokus pada 1

INVEST ATAU MELABUR DALAM EMAS UNTUNG ATAU RUGI?

Untuk baca cerita lebih lanjut sila klik link ini.


pening?hehehe..ok geng nak rumuskan..lihat dibawah





Mengenali SKIM CEPAT KAYA GUNA ‘EMAS’

SKIM CEPAT KAYA – JAUHI LAH...

Adakah Anda Tahu ?
  1. Saya ingin cerita dan kongsi sedikit pengalaman menghadiri seminar Skim Cepat Kaya. Sekarang saya ceritakan
  2. Beberapa tahun dahulu saya telah dijemput untuk menghadiri satu seminar yang dianjurkan oleh syarikat Etika Emas (M)Sdn Bhd.
  3. Seminar ini telah diadakan di GoodHope Hotel Skudai Johor.Bila seminar tu bermula, saya pun duduk lah dikerusi paling belakang sekali.
  4. Seminar pun bermula,dan salah satu pegawai pemasaran syarikat terbabit memberikan penerangannya.Ringkasnya berbunyi begini…hehe Anda Beli 1 Ketul 100Gram Jongkong Emas PamP Suiess dengan harga RM10,000(harga emas pada masa itu),kami dari syarikat Etika Emas akan memberi anda lagi 2 ketul 100Gram Jongkong Emas PamP Suiess secara percuma kepada anda,jadi jumlah Emas anda ada 3ketul 100 Gram.
  5. Kemudian pegawai Etika Emas akan menyuruh anda tanda tangan satu surat perjanjian antara anda dan pihak syarikat….Selepas tu,anda akan di bawa ke Ar-Rahnu Bank Rakyat untuk membuat Gadaian atas nama anda.
  6. Berapakah anda perlu Gadai? tentulah kesemua 3 Ketul Emas anda tadi. jadi 3 Ketul x RM10,000=RM30,000. Nilai gadaian pada masa itu adalah 65 peratus, jadi gadaian anda dapat RM19500.
  7. RM19500, Adakah anda dapat..? tentulah tidak..Kesemua duit itu akan diambil oleh pihak syarikat Etika Emas mengikut perjanjian yang telah di buat oleh anda. Malangnya.
  8. Jadi apa yang anda dapat? Berdasarkan kepada perjanjian yang telah anda tandatangani, anda hanya akan di beri RM300 saja setiap bulan sehingga tamat perjanjian yang termaktub. Lihat lah operasi syarikat ini, dah lah beli emas tak dapat emas, kena guna nama sendiri untuk gadaian RM30,000 pula. Ini di panggil perjanjian berat sebelah.
  9. Apabila syarikat diserbu oleh pihak Bank Negara Malaysia, semua impian menjadi kaya cepat terus lebur. Apa yang dapat hanya Hutang meninggi dengan pihak Bank…sedih dan malang sungguh.
  10. Masih ada lagi syarikat yang menjalankan urusniaga seperti ini. Perkara ini dilakukan oleh serpihan-serpihan ejen-ejen Etika emas. Sebelum memulakan pelaburan anda, selidik dahulu syarikat-syarikat yang menjalankan urusniaga pelaburan emas.
  11. Pastikan ia telah mendapat surat kebenaran dari bank Negara. Berapa lama syarikat telah beroperasi, berguru dengan orang yang benar-benar mahir dalam pelaburan emas.
Cerita Kedua,huhu..renungkan.
  1. Syarikat Dencomm Sales and Service yang ber ibupejabat di Bandar Penawar Kota Tinggi Johor.
  2. Syarikat ini adalah syarikat yang terbaru di serbu oleh pihak Bank Negara Malaysia.
  3. Syarikat ini menawarkan untung 10% selama 5-10 tahun mengikut perjanjian dari pembelian barang (konon-kononnya). Pada awalnya hanya RM500 untuk pembelian paling rendah, tetapi dinaikkan kepada RM5000 setelah ramai ahli yang menyertai.
  4. Tetapi apa kan daya, selepas syarikat ini di serbu BNM, semua ahli tidak menerima lagi wang bulanan yang dijanjikan mereka…kena lagi..Malang Sungguh….
  5. Sudah ramai rakan-rakan baik saya telah terpedaya dengan Skim ini.
  6. Walaubagaimanupun, masih lagi terdapat skim2 ini di Malaysia yg dijalankan oleh serpihan ejen2 etika emas dengan menggunakan nama yang berbeza tetapi modus operandi adalah sama.. hati-hati bakal-bakal pelabur. diharap anda jangan terpedaya.

Skim cepat kaya guna emas nih senang jer nk detect :-
1) Beli emas tapi tak dapat emas fizikal
2) Janjikan keuntungan bulan2, bukannya ikut turn naik harga emas dunia.
3) Suruh kita bayar 30% (atau berapa % ) dari harga emas. then suruh kita gi pajak emas tu atas nama kita, duit pajak tu org tu ambik. kita plak terpaksa bayar duit pajak tu bulan2 sebab pajakan tu atas nama kita.
4) Bila nak beli emas, kita kena sain kontrak atau perjanjian tah apa entah.
5) Kadang2 kita di suruh jual balik emas tu pada syarikat ikut harga masa kita beli dan beli semula emas tu ikut harga semasa jika nak sambung dapat dividen yg dijanjikan setiap bulan tuh.

Jadi, bila nak beli dan wat pelaburan emas/perak, hendaklah :-
1) Kita beli emas dan dapat emas tu kita simpan sendiri. bukan pajak.
2) Tak dipaksa tandatangan apa2 perjanjian.
3)  Tidak janjikan apa keuntungan bulanan (dividen).
4) Untung rugi kita adalah …berdasarkan kenaikan harga komoditi emas dunia

Yang terbaru adalah syarikat Genneva yang Tun Dr Mahadhir yang tak tau pape modus operandi syarikat telah dijemput merasmikannya.


If you want to buy a gold…make sure you have the gold…if you cannot touch it…you didnt own it

Saturday, 17 September 2011

Cara Membeli & Menjual , Daftar Dealer & Keistimewaan Dealer

Cara-cara untuk membeli: Public Gold mempunyai ramai agen di seluruh Malaysia.
Saya adalah salah seorang agen Public Gold yang menyediakan perkhidmatan mudah dan ringkas untuk anda berurusan dengan saya secara online ataupun offline ( sekitar kawasan KL dan Ampang ). Selepas berurusan anda boleh memilih untuk mengambil gold di cawangan Public gold yang berhampiran atau ambil by hand daripada saya ( sekitar kawasan KL dan Ampang ). Atas permintaan saya juga menghantar melalui pos dengan persetujuan kedua-dua pihak.

Anda boleh menghubungi saya di talian 017-3493060 atau add saya di YahooMessenger :saudagargold@yahoo.com untuk mendapatkan penerangan percuma.(saya tinggal di Ampang, selalu jumpa pelanggan sekitar Ampang, KL dan Selangor) Selain berjumpa secara live, saya juga telah banyak membuat urusniaga secara online sahaja terutama dengan pelanggan yang jauh.

Perkhidmatan Belian 24 jam
CARA MEMBELI GOLD BAR, DINAR & JEWELLERY

Ada dua cara pembelian. 
A)Jika anda ingin ambil stock sendiri di branch PG yang terdekat.
B)Jika anda ingin ambil stock secara post atau by hand.

Cara membeli  "A"

Anda boleh semak secara detail di link ini untuk cara membeli dan menjual.


Cara membeli  "B"

1- SMS produk yang anda ingin beli, kuantiti dan harga yang boleh didapati di website Public Gold atau di blog Saudagar-Gold. Maklumkan sekali :
Nama Penuh,
No IC,
Alamat Email,
Alamat Rumah,
No HP,
dan Item yang mahu dibeli ke 017-3493060

-Bagi pelanggan baru sahaja. Bagi yang pernah membeli dengan saya, maklumat anda sudah direkod kecuali jika ada perubahan maklumat sila maklumkan.

2- Saya akan lock item yang anda mahu berdasarkan harga semasa Public Gold (sila rujuk harga gold bar di www.publicgold.com.my dan dinar di www.publicdinar.com.my)

3- Buat bayaran dalam masa 2 jam selepas LOCK ke PublicBank saya 4749289410 Abdul Rahman Bin Shaharani. Anda diminta menyimpan resit untuk semakan jika ada sebarang masalah kemudian. Dan collect item anda : by hand atau pos.
-Bagi yang ingin mengambil di cawangan terdekat, anda perlu bank in ke Akaun PG kerana slip asal perlu dibawa oleh anda sendiri.Tempahan juga dibuat atas nama anda untuk memudahkan urusan anda mengambil emas anda di cawangan.Anda akan dimaklumkan bila untuk mengambil emas anda agar tidak perlu menunggu lama
-Urusan akan menjadi senang jika mengikut prosedur.

Segalanya menjadi mudah hanya di hujung jari!!
Sama ada untuk membeli/menjual,ingin menjadi dealer atau untuk penerangan sila hubungi saya. Saya juga sedia membimbing anda untuk  mendalami tentang ilmu pelaburan emas ini.


CARA MENDAFTAR SEBAGAI DEALER

1- SMS nama penuh, no IC, alamat Email & Item yang mahu dibeli ke 017-3493060

2- Saya akan lock item yang anda mahu berdasarkan harga semasa Public Gold dan saya akan email kan Purchase Order kepada anda.

3- Saya akan  daftarkan dealer dan lock order

4- PG akan call anda untuk pengesahan dan Sales Order ( SO )akan di Email kepada anda.

5- Setelah bayaran dibuat, Email kan resit pembayaran ke payment@publicgold.com.my / fax ke 04-6464916. Nyatakan no Sales Order anda di dalam slip bayaran tersebut.

6- Hubungi PG Penang 04-6441835, minta sambung ke Payment Dept. dan semak jika mereka telah menerima resit bayaran anda.

7- Minta mereka berikan approval dan nyatakan cawangan mana anda mahu collect stock.

8- Hubungi cawangan tersebut dan nyatakan bahawa anda mahu collect stock untuk Sales Order No PGx-xxxxxx. Minta mereka sediakan Invoice dan Delivery Order ( DO )

9- Ambil stok emas anda dan boleh mula berbisnes


Apakah Keistimewaan menjadi Normal Dealer

1. Jika anda  ingin membuka kedai emas mungkin modal jutaan ringgit tapi dengan Public Gold hanya beli  produk Public Gold sahaja mengikut harga semasa.
2. Tiada yuran keahlian dan boleh dianggap sebagai menyimpan emas sambil berniaga emas.
3. Produk Public Gold sangat senang dijual. Ini kerana Public Gold menjual emas pelaburan dengan harga yang lebih rendah berbanding harga kedai emas. Perbezaan diantara harga belian dan jualan sekitar 5% – 6% adalah sangat kecil.
4. Stok yang sentiasa ada. Walau harga emas naik atau turun, kita tetap boleh order daripada Public Gold menggunakan kaedah online / sms / call  ataupun email.
5. Gold bar Public Gold tetap diterima walaupun calar dan bengkok, asalkan beratnya tetap sama.
6. Agen diberi pamplet oleh syarikat dan saya sendiri.
7. Public Gold memberi komisyen sebanyak 1.5% untuk jualan dan 0.3% untuk belian semula. Maksudnya, kalau anda order stok daripada Public Gold maka anda akan dapat komisyen 1.5% (daripada nilai jualan). Contoh anda beli emas 100g, berharga RM15585.00 . So, komisyen anda adalah (RM15585.00 x 1.5% =rm233.77)
8. Jika anda menjual emas semula kepada Public Gold, maka anda akan dapat 0.3% komisyen (daripada nilai keseluruhan emas).
9. Tetapi jika anda pandai mengatur strategi, maka anda boleh mendapat komisyen yang lebih tinggi seperti 5% ke 6% untuk setiap jualan.
10. Tiada target jualan bulanan. Anda akan dapat komisyen berdasarkan nilai jualan emas anda.Kalau jual 1 dinar pun tetap akan dapat komisyen jualan.

Berdasarkan  senarai yang saya senaraikan diatas , tiada alasan untuk anda tidak menceburkan diri dalam perniagaan emas. Emas bukanlah produk yang mana perlu dijaja supaya orang membeli , cukuplah dengan berkongsi kepentingan menyimpan emas. Bila mereka sudah mengetahui kepentingan emas , InsyaAllah mereka akan membelinya. Saya sendiri juga akan sentiasa memberi tunjuk ajar kepada anda  bagi memastikan kita sama-sama berjaya.

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah S.A.W bersabda:
“Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang tinggal dan boleh digunakan oleh umat manusia,maka simpanlah Dinar (emas ) dan Dirham (perak)"
(Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal)

Emas dan perak adalah wang yang paling stabil di dunia. Lindungilah kekayaan anda dengan menyimpan emas dan perak.

Inflasi sifar selama 1400 tahun!

Koleksi Sembang Emas 0003

Tajuk Lebih Kepada Info  Hukum Membeli Emas Secara Ansuran.






Link yang terdapat dalam gambar diatas :
1) http://zaharuddin.net/hal-ehwal-riba/286-hukum-beli-emas-secara-ansuran-a-trade-in.html
2) http://amsyiq.forumms.net/t15-hukum-jual-beli-emas-secara-ansuran

Koleksi Sembang Emas 0002

Tajuk Lebih Kepada Info  Menyimpan Emas.



Friday, 16 September 2011

Mari Berkenalan Dengan Public Gold dan Public Dinar

Public Fine Gold International Sdn. Bhd. Dan Public Dinar Sdn. Bhd.

Untuk pengetahuan anda, satu-satunya syarikat Malaysia yang menjual emas jongkong, syiling emas dan barang kemas mereka sendiri ialah Public Fine Gold International Sdn. Bhd. Syarikat ini beralamat di:

Public Fine Gold International Sdn. Bhd.
12 E, Ground Floor, Jalan Rumbia
11900 Bukit Jambul, Penang.
http://www.publicgold.com.my
Tel: 04-6449999

Hm, jangan pula anda bertanya, Public Gold ni salah satu Dana Fund yang Public Bank punya ke? Haha…jawapannya BUKAN! Public Gold langsung takda sangkut paut dengan Public Bank. Public Gold adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan dengan sendiri tanpa mana-mana Institusi Perbankan di Malaysia ini.

Kalau anda nak tahu, Public Gold ni ada sebuah kilang yang mengeluarkan jongkong emas mereka sendiri dan setiap emas yang dihasilkan akan disahkan ketulenannya melalui satu sijil (Certified Assayer) yang berwarna merah.



Emas Public Gold

Public Gold mengeluarkan jongkong emas mengikut berat yang berbeza dalam 5 bentuk iaitu 10 gram, 20 gram, 50 gram, 100 gram dan 250 gram. Syiling emas juga dikeluarkan dalam berat 50 gram.



Harga Emas Yang Mengikut Harga Semasa

Memang senang nak pantau harga emas Public Gold ni. Buka je websitenya, anda akan lihat satu ruang di sebelah kanan yang menunjukkan harganya sentiasa diupdate setiap 20 minit dan mengikut kadar harga pasaran semasa.

Ini memudahkan anda untuk membuat keuntungan dengan membeli pada harga yang rendah dan anda hanya perlu memantau sahaja sehingga harga jualnya naik melebihi harga yang anda beli dahulu.


Bagaimana Cara Nak Beli Emas Public Gold?

Anda ada 2 cara mudah untuk membeli emas Public Gold ini.

1. Anda hubungi mana-mana ejen Public Gold dalam Malaysia ni.
2. Anda order terus dengan hanya menghubungi Public Gold.

Jika anda nak membeli melalui ejen Public Gold, anda boleh semak senarai ejen-ejen Public Gold yang berdaftar di bawah saudagar-gold.blogspot.com .

Anda juga boleh menghubungi saya di talian 017-3493060. Tiada kos penghantaran yang dikenakan dan anda boleh membuat temujanji di mana sahaja yang anda mahu, hanya tetapkan sahaja di mana, saya akan pergi menemui anda(Untuk warga Kuala Lumpur dan Ampang sahaja). Kalau luar dari kawasan, hanya pembelian 200g ke atas sahaja saya akan pergi hantar dengan tangan.

Jika anda berhajat nak membeli terus daripada Public Gold, anda boleh hubungi mereka di talian 04-6449999. Kos penghantaran akan dikenakan mengikut jenis berat emas yang dibeli iaitu RM10 untuk 20 gram, RM20 untuk 50 gram dan RM30 untuk 100 gram.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai cara-cara order dan membuat bayaran, anda boleh layari laman web Public Gold seperti link di bawah:-


Apakah Kelebihan Emas Public Gold?

1. Harga yang dijual adalah berpatutan berbanding emas yang dikeluarkan oleh syarikat atau institusi kewangan yang lain.
2. Jongkong emas yang dikeluarkan mempunyai 24K dan dinar/barang kemas 22K.(999.9 & 916)
3. Spread yang kecil (Cuma 5-6% sahaja)
4. Mempunyai agen yang ramai di seluruh Malaysia.
5. Public Gold memberi jaminan akan membeli semula emas mereka walaupun ada kesan calar, guris, bengkok dan patah asalkan beratnya masih sama semasa timbangan.
6. Emas Public Gold diterima di kebanyakan Pajak Gadai Islam (Ar-Rahnu) seperti YaPeim dan Agro Bank.
7. Kad kredit juga diterima untuk proses pembayaran (tambahan 3%), tetapi perlu pergi terus di Public Gold Bukit Jambul, Penang.
8. Juga menawarkan peluang untuk sesiapa yang berhajat untuk menjadi Agen kepada produk mereka.

Sesiapa yang berhajat untuk meraih keuntungan lebih dengan pelaburan emas ini, maka anda digalakkan untuk menjadi Agen Public Gold.



Pelaburan melalui Dinar Emas.

Selain membeli syiling emas dan jongkong emas, salah satu daripada emas pelaburan yang boleh dibeli di Malaysia ialah dinar emas.

1 dinar merujuk kepada syiling emas 22 Karat (emas 916) yang beratnya 4.25 gram.

Dinar emas Public Dinar Sdn. Bhd

Public Dinar – anak syarikat Public Gold menjual emas pelaburan di dalam bentuk syiling dinar. Untuk pengetahuan anda semua, dinar emas Public Dinar dikeluarkan di dalam 3 nilai iaitu:

1 dinar
5 dinar
10 dinar

Anda boleh melawati laman web syarikat di www.publicdinar.com

SPESIFIKASI DINAR EMAS PUBLIC DINAR.



SIJIL KETULENAN

Seperti Jongkong Emas Public Gold, setiap pembelian dinar emas Public Dinar juga anda akan mendapat sijil ketulenan (berwarna hijau).



HARGA JUALAN PUBLIC DINAR

Harga dinar emas Public Dinar dijual mengikut harga emas pasaran antarabangsa. Jadi harganya akan berubah-ubah setiap 20 minit, sama seperti Public Gold. Anda boleh melihat harga belian dan jualan dinar ini di laman web http://publicdinar.com/



Jika anda ingin membeli dinar emas Public Dinar maka anda boleh hubungi saya atau agen2 yang berhampiran dengan anda.

KEBAIKAN DINAR EMAS PUBLIC DINAR:

1. Harga yang rendah – baik untuk mereka yang baru nak memulakan pelaburan emas.
2. Spread yang rendah (5% - 6%)
3. Design yang cantik
4. Mudah dibeli melalui agen Public Gold.

Kesimpulannya...anda boleh pilih sendiri emas jenis mana yang anda lebih minat. Samaada Public Gold atau Public Dinar, kedua-duanya mampu untuk memberikan keuntungan pada pembelinya. Mulakan menyimpan emas mulai sekarang. Selamat Mencuba...!!!

Beli dan Simpan 1 Dinar Emas untuk 1 Bulan Berbaloi-baloi

Sama-sama kita baca perkongsian maklumat oleh kawan kita Raja Harith Rifqi.

Simpan emas lebih berbaloi dan baik dari menyimpan duit FIAT

Contoh pengiraan bagi 1 tahun:-
Dinar Emas (916)
Januari : RM526.00
Febuari : RM540.00
Mac : RM554.00
April : RM569.00
May : RM585.00
Jun : RM601.00
Julai : RM616.00
Ogos : RM632.00
September : RM648.00
Oktober : RM665.00
November : RM682.00
Disember : RM700.00
Total : RM7,318.00
- Increment for gold per month 2.63%
- Invest for 1 year then keep it for 10 years.
- Forecast Increment Per Annum(10 years):33.3%

- Total sum : RM31,686.94


Duit (fiat money)
Januari : RM600.00
Febuari : RM600.00
Mac : RM600.00
April : RM600.00
May : RM600.00
Jun : RM600.00
Julai : RM600.00
Ogos : RM600.00
September : RM600.00
Oktober : RM600.00
November : RM600.00
Disember : RM600.00
Total : RM7,200.00

- Financial instrument:ASB
- Invest for a year then keep for 10 years
- Dividen and Bonus:+ - 8.75%

Total sum : RM15,078.10

See the difference?
> Gold is "zero inflation"
> Money will be affected by inflation



Dibawah harga RM yang diperlukan untuk membeli satu dinar. Kita lihat semakin lama semakin mahal atau semakin murah?

Click Disini - Kami update harga pada entri

Rekod Harga 1 Dinar PG

 

 

Bertindak Sekarang !

Harga emas terus naik tiap tiap hari…………… apa tindakan anda ?


A)          Tunggu Dulu, Baru Beli
B)          Beli Dulu, Baru Tunggu

Anda boleh memilih jawapan A atau B. Jawapan itu adalah hak mutlak anda. Tak siapapun didunia ini boleh mempertikaikan jawapan tersebut.

Sebagai seorang teman atau sahabat, saya ingin nyatakan beberapa perkara
Anda boleh memilih pilihan A sekiranya
* Ayah Mertua anda adalah seorang jutawan rangking no 7 di Malaysia.
* Anda dah memiliki emas berkoyan koyan atau lombong emas itu milik anda.
* Anda memang pasti bahawa harga emas akan turun atau jatuh merudum dalam masa terdekat.
* Anda mampu melihat dan meramal masa depan (Lebih hebat dari Nujum Pak Belalang).
* Anda memang dah terkenal atau menjadi ahli kelab “Lebai Malang”

Jika satupun yang saya sebutkan diatas tidak berkaitan dengan anda, maka anda perlu memilih jawapan B. Anda tidak punya pilihan lagi.Emas adalah komoditi, harganya sentiasa naik dan turun. Tetapi, dalam jangkamasa panjang, harganya akan meningkat naik.  Pelaburan emas adalah jenis pelaburan jangkamasa sederhana dan panjang. Walaupun tempoh pelaburan adalah agak lama, namun, ia mampu untuk memberikan keuntungan kepada anda. Pelaburan emas disarankan untuk tempoh sekurang2nya 1 tahun dan ke atas.

Peratus kenaikan harga emas sekitar 20% – 30% setahun! Bayangkan jika anda memiliki emas dengan nilai RM10K hari ini. Berapa nilai emas anda tahun hadapan jika kenaikan harga emas ialah 20% ?

Pelaburan emas tidak menjamin pendapatan yang tetap setiap bulan. Jika ada yang ingin menjana pendapatan, pelaburan emas bukan jawapannya… 

Tetapi anda harus melakukan perniagaan emas.
Sekiranya anda hendak memulakan perniagaan emas….
Hubungi saya, inshaAllah saya akan membantu …
Admin saudagar-gold 017-3493060 Rahman.

Ayat AL-QURAN yg berkaitan dgn Emas & Perak.

AYAT AL-QURAN YANG BERKAITAN DENGAN EMAS
 
1. Ali ‘Imran(3), ayat 14

14. Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis EMAS, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia; dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga). (QS. 3:14)

2. Ali ‘Imran(3), ayat 91

91. Sesungguhnya orang-orang yang kafir dan mati sedang mereka tetap dalam kekafirannya, maka tidaklah akan diterima dari seseorang di antara mereka EMAS sepenuh bumi, walaupun dia menebus diri dengan EMAS (yang sebanyak itu). Bagi mereka itulah siksa yang pedih dan sekali-kali mereka tidak memperoleh penolong. (QS. 3:91)

3. Al-A’raaf(7), ayat 148

148. Dan kaum Musa, setelah kepergian Musa ke gunung Thur membuat dari perhiasan-perhiasan (EMAS) mereka anak lembu yang bertubuh dan bersuara. Apakah mereka tidak mengetahui bahwa anak lembu itu tidak dapat berbicara dengan mereka dan tidak dapat (pula) menunjukkan jalan kepada mereka? Mereka menjadikannya (sebagai sembahan) dan mereka adalah orang-orang yang zalim. (QS. 7:148)

4. At-Taubah(9), ayat 34

34. Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya sebagian besar dari orang-orang alim yahudi dan rahib-rahib Nasrani benar-benar memakan harta orang dengan jalan yang batil dan mereka menghalang-halangi (manusia) dari jalan Allah. Dan orang-orang yang menyimpan EMAS dan perak dan tidak menafkahkannya pada jalan Allah, maka beritahukanlah kepada mereka, (bahwa mereka akan mendapat) siksa yang pedih, (QS. 9:34)

5. At-Taubah(9), ayat 35

35. pada hari dipanaskan EMAS perak itu di dalam neraka Jahannam, lalu dibakarnya dahi mereka, lambung dan punggung mereka (lalu dikatakan) kepada mereka: Inilah harta bendamu yang kamu simpan untuk dirimu sendiri,maka rasakanlah sekarang (akibat dari) apa yang kamu simpan. (QS. 9:35)

6. Al-Israa’(17), ayat 93

93. Atau kamu mempunyai sebuah rumah dari EMAS, atau kamu naik ke langit. Dan kami sekali-kali tidak akan mempercayai kenaikanmu itu hingga kamu turunkan atas kami sebuah kitab yang kami baca. Katakanlah: Maha suci Rabbku, bukankah aku ini hanya seorang manusia yang menjadi rasul (QS. 17:93)

7. Al-Hajj(22), ayat 23

23. Sesungguhnya Allah mamasukkan orang-orang beriman dan mengerjakan amal yang saleh ke dalam surga-surga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai. Di surga itu mereka diberi perhiasan dengan gelang-gelang dari EMAS dan mutiara, dan pakaian mereka adalah sutera. (QS. 22:23)

8. Faathir(35), ayat 33

33. (Bagi mereka) surga Adn, mereka masuk ke dalamnya, di dalamnya mereka diberi perhiasan dengan gelang-gelang dari EMAS, dan dengan mutiara, dan pakaian mereka di dalamnya adalah sutera. (QS. 35:33)

9. Az-Zukhruf(43), ayat 35

35. Dan (Kami buatkan pula) perhiasan-perhiasan (dari EMAS untuk mereka). Dan semuanya itu tidak lain hanyalah kesenangan kehidupan dunia, dan kehidupan akhirat itu di sisi Rabbmu adalah bagi orang-orang yang bertaqwa. (QS. 43:35)

10. Az-Zukhruf(43), ayat 53

53. Mengapa tidak dipakaikan kepadanya gelang dari EMAS atau malaikat datang bersama-sama dia untuk mengiringkannya. (QS. 43:53)

11. Az-Zukhruf(43), ayat 71

71. Diedarkan kepada mereka piring-piring dari EMAS, dan piala-piala dan di dalam surga itu terdapat segala apa yang diingini oleh hati dan sedap (dipandang) mata dan kamu kekal di dalamnya. (QS. 43:71)

12. Al-Waaqi’ah(56), ayat 15

15. Mereka berada di atas dipan yang bertahtahkan EMAS dan permata, (QS. 56:15)


AYAT AL-QURAN YANG BERKAITAN DENGAN PERAK

1. Al-Kahfi(18), ayat 19

19. Dan demikianlah Kami bangunkan mereka agar mereka saling bertanya diantara mereka sendiri. Berkatalah salah seorang diantara mereka: Sudah berapa lamakah kamu berada (di sini). Mereka menjawab: Kita berada (di sini) sehari atau setengah hari. Berkata (yang lain lagi): Rabb kamu lebih mengetahui berapa lama kamu berada (di sini). Maka suruhlah salah seorang di antara kamu pergi ke kota dengan membawa uang PERAKmu ini, dan hendaklah dia lihat manakah makanan yang lebih baik, maka hendaklah dia membawa makanan itu untukmu, dan hendaklah ia berlaku lemah lembut dan janganlah sekali-kali menceritakan halmu kepada seorangpun. (QS. 18:19)

2. Az-Zukhruf(43), ayat 33

33. Dan sekiranya bukan karena hendak menghindari manusia menjadi umat yang satu (dalam kekafiran), tentulah Kami buatkan bagi orang-orang yang kafir kepada (Rabb) Yang Maha Pemurah loteng-loteng PERAK bagi rumah mereka dan (juga) tangga-tangga (PERAK) yang mereka menaikinya. (QS. 43:33)

3. Az-Zukhruf(43), ayat 34

34. Dan (Kami buatkan pula) pintu-pintu (PERAK) bagi rumah-rumah mereka dan (begitu pula) dipan-dipan yang mereka bertelekan atasnya. (QS. 43:34)

4. Al-Ma’aarij(70), ayat 8

8. Pada hari ketika langit menjadi seperti luluhan PERAK. (QS. 70:8)

5. Al-Insaan(76), ayat 15

15.Dan diedarkan kepada mereka bejana-bejana dari PERAK, dan piala-piala yang bening laksana kaca, (QS. 76:15)

6. Al-Insaan(76), ayat 16

16.(yaitu) kaca-kaca (yang terbuat) dari PERAK yang telah diukur mereka dengan sebaik-baiknya. (QS. 76:16)

7. Al-Insaan(76), ayat 21

21. Mereka memakai pakaian sutera halus yang hijau dan sutera tebal dan dipakaikan kepada mereka gelang terbuat dari PERAK, dan Rabb memberikan kepada mereka minuman yang bersih. (QS. 76:21)


AYAT AL-QURAN YANG BERKAITAN DENGAN DINAR

1. Ali ‘Imran(3), ayat 75

75. Di antara Ahli Kitab ada orang yang yang jika kamu mempercayakan kepadanya harta yang banyak, dikembalikannya kepadamu; dan di antara mereka ada orang yang jika kamu mempercayakan kepadanya satu DINAR, tidak dikembalikannya kepadamu, kecuali jika kamu selalu menagihnya. Yang demikian itu lantaran mereka mengatakan: Tidak ada dosa bagi kami terhadap orang-orang ummi. Mereka berkata dusta terhadap Allah, padahal mereka mengetahui. (QS. 3:75)


AYAT AL-QURAN YANG BERKAITAN DENGAN DIRHAM

1. Yusuf(12), ayat 20

20. Dan mereka menjual Yusuf dengan harga yang murah, yaitu beberapa DIRHAM saja, dan mereka merasa tidak tertarik hatinya kepada Yusuf. (QS. 12:20)